in

Mega Bazaar Hijra di Mid Valley Exhibition Centre

Dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ariss Samsudin, Ahli Majlis, Majllis Amanah Rakyat (MARA) pada sidang media di ibukota hari ini, Mega Bazaar tahun ini membawakan kepada khalayak bazar online sebuah acara bazaar dan festival jualan yang pertama kali diadakan di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC).

Bertemakan Hijra yang julung kali diadakan, Mega Bazaar Hijra yang bakal diadakan pada 13 dan 14 Februari 2016 akan menjadi platform kepada para usahawan online yang baru untuk bertemu pelanggan secara offline.

Untitled

Bazaar ‘Online’ Pertama Di Mid Valley Bakal Mencipta Sejarah

[dropcap]J[/dropcap]enama Mega Bazaar yang bermula pada tahun 2014 adalah satu usahasama di antara Eh Eh Bazaar, DPMM Putrajaya dan Kolej UNITI diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah berjaya mengumpulkan lebih 1,000 usahawan online termasuk 60 artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Adi Putra, Mawi, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan ramai lagi. Acara itu Berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung dan jualan melebihi RM 6 juta. Bertitik-tolak dari situ, Mega Bazaar pada tahun lepas dilanjutkan dengan penganjuran bertemakan Hari Raya Aidilfitri pada 11 & 12 Julai 2015 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pula dan sekali lagi mencatat kejayaan besar.

Eh Eh Bazaar sebagai ‘Enabler’ Bazaar bagi Program ONLINE BEST (Online Business Entrepreneurships Success Transformation) DPMM PUTRAJAYA-TERAJU.

Sebagai pelopor dalam industri bazaar online ini, Eh Eh Bazaar selaku ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia WP Putrajaya (DPMM Putrajaya) telah membawa idea dan inspirasi untuk bekerjasama untuk mencari 300 usahawan online dan bakal usahawan yang berminat di dalam program yang ONLINE BEST. Antara bazar-bazar yang telah diatur bagi menyokong ekosistem di bawah program ONLINE BEST ini selain daripada latihan dan portal http://www.eebians.com adalah Mega Bazaar 2016 dan Mega Raya pada 2 & 3 Julai 2016 di Mid Valley Exhibition Centre, Mega Outstation di Johor Bharu dan banyak lagi!

Mengangkat tema Hijra, Mega Bazaar 2016 di Mid Valley kali ini adalah simbolik kepada peningkatan imej bazar ke paras yang lebih tinggi. Bazar online terutamanya bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan telah berjaya menembusi lokasi yang sangat strategik iaitu di pusat konvensyen bertaraf antarabangsa.

Mega Bazaar Hijra Platform Usahawan Online Yang Baru

[dropcap]F[/dropcap]estival Mega Bazaar ini juga disokong oleh beberapa aktiviti yang menarik selain dari jualan produk usahawan online. Terdapat ‘showcase’ persembahan solo dan grup artis tempatan, pelancaran portal inisiatif dari Eh Eh Bazaar iaitu EEBIANs.com -“The 1st Virtual Bazaar in Malaysia” dan pelbagai aktiviti menarik lain yang akan dirangka. Pelancaran program Online BEST ini juga bakal diadakan pada program berprestij ini.

Golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan memeriahkan program ini dengan gerai jualan selebriti dan aktiviti pentas tanpa henti yang akan memeriahkan lagi Mega Bazaar 2016. Antaranya adalah Encik Mimpi, Khai, Rosma, Aiman Rahman, Siti Nordiana, Eira Syazira, Azad Jazmin, Saida, Saerah, Nubhan dan ramai lagi.

Maklumat lanjut tentang program Mega Bazaar 2016 dan aktiviti-aktiviti lain boleh didapati di laman rasmi Eh Eh Bazaar http://www.ehehbazaar.com atau hubungi 012-2920131 dan 03-89120716 pada waktu pejabat. Penempahan gerai jualan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman rasmi itu.

Jenama Mega Bazaar yang diposisikan untuk berlangsung hanya setahun sekali akan menjadi satu penanda aras baru bagi pengurusan bazar di Malaysia dan menjadi platform utama kepada usahawan-usahawan online yang baru.

Ikuti juga laman sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) Eh Eh Bazaar di @ehehbazaar untuk maklumat terkini mengenai MEGA BAZAAR 2016.

Untitled

Untitled

Untitled

http://www.ehehbazaar.com
http://www.facebook.com/ehehbazaar @EHEHBAZAAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hazama Rasa Dirinya Sangat Kerdil di Konsert 5 Divo

Penyanyi Baru & Lama Bakal Meriahkan Konsert & Pameran Diraja