Jam 11 pagi tadi, Maya Karin telah mengumumkan dua perkara di satu sidang media yang diadakan di pejabat pengurusannya di Petaling Jaya.
Pertamanya, Maya Karin akan berkahwin dengan buah hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali pada 9 Ogos ini di Bellagio, Itali. Mmm… jauhnya? Kenapa jauh sangat?
Keduanya, Maya Karin juga telah melancarkan laman webnya, www.mayakarin.com
Budiey ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Maya Karin dan kekasihnya, Muhammad Ali. Semoga hubungan antara kalian kekal abadi hingga ke anak cucu nanti.
Fakta menarik:
- Maya & Muhammad Ali mula berkenalan semasa menemani adik Maya yang belajar di Garden International School. Muhammad Ali masa tu bekerja sebagai guru matematik.
- Steven telah memeluk Islam 4 tahun lalu
- Nama Muhammad Ali dipilih sebab ianya satu simbolik kepada semangat perjuangan pengusti terkenal Muhammad Ali.
- Maya Karin tertarik dengan Muhammad Ali sebab karakternya ada sense of humor dan mampu buat Maya ketawa.
- Majlis perkahwinan akan diadakan secara sederhana di Bellagio selama dua hari iaitu 9 dan 14 Ogos di sebuah villa persendirian milik famili Muhammad Ali.
- Maya akan memakai busana ciptaan Saiful Bahari untuk majlis kahwin di Itali dan busana Radzuan Radzwill untuk majlis di Kuala Lumpur.
- Untuk rakan-rakan dan media pula akan diadakan pada 29 Ogos di Kuala Lumpur.
- Upacara akad nikah akan disempurnakan oleh Imam Abdullah dan dihadiri oleh 70 orang.
- Pengumuman ini akan memadamkan segala gossip negatif skandal Maya dengan beberapa orang VIP.