Tahniah Maya Karin kerana telah dilantik menjadi duta produk InnerShine Prune Plus. Satu majlis rasmi telah diadakan pada jam 3 petang tadi di Carcosa Seri Negara bagi mengumumkan duta produk terbaru itu. Sebelum ini, kita dapat saksikan Camelia juga dilantik menjadi duta produk yang sama beberapa tahun lalu.
Pastinya, kulit Maya Karin yang halus cantik, cerah berseri serta penampilannya yang sentiasa anggun telah memikat hati syarikat Cerebos (M) Sdn Bhd untuk melantik Maya Karin menjadi duta. Bakat keyakinan diri, genius, ketrampilan yang bersih serta kecantikan semulajadi yang terpancar dari wajahnya sememangnya menjadi aset dan daya tarikan utama.
Budiey turut berpeluang untuk menemubual Maya Karin tentang rahsia bagaimana beliau memelihara kulit dan kecantikannya dengan pati buah prun itu. Sebenarnya, sebelum dilantik lagi Maya Karin sudah mengamalkan pati yang kaya dengan vitamin C dan mengandungi dua kali lebih banyak anti oksidan ini. Apatah lagi semasa berlakon teater Natrah, Maya Karin memerlukan tenaga dan vitamin yang secukupnya untuk kesihatan.
Ucapan Maya Karin Sempena Ulangtahun Budiey.com ke-4:
Ini dia gambar terbaru Maya Karin yang Budiey sempat ambil di majlis petang tadi: