Maya Karin akan hadir ke acara kemuncak kempen alam sekitar pertama beliau yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu, 18hb April 2009.
Kempen alam sekitar pertama Maya Karin ini telah berjalan selama beberapa minggu bersempena dengan sambutan Hari Bumi yang jatuh pada 22hb April setiap tahun. Kempen alam sekitar pertama beliau ini mengfokuskan kepada isu “Anti-Beg Plastik”.
Kempen “Anti-Beg Plastik” ini telah membuahkan hasil yang unik dan akan ditunjukkan kepada semua pada hari kemuncak tersebut. Perlaksanaan kempen ini telah mendapat kerjasama daripada para murid dan guru di tiga buah sekolah rendah sekitar Lembah Klang.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Seri Selangor di Subang, Sekolah Rendah Tun Hussein Onn2 di Cheras dan Sekolah Rendah Taming Jaya di Seri Kembangan.
Agenda acara kemuncak kempen tersebut adalah seperti berikut:
8.00pagi:Â Para murid dan guru terlibat menaiki bas yang disediakan
8.30pagi:Â Ketibaan 24 buah bas daripada tiga buah sekolah
8.50pagi:Â Pembahagian saparan pagi kepada para murid dan guru terlibat
9.00pagi:Â Ketibaan pihak Media dan Maya Karin
9.15pagi:Â Nyanyian Negaraku
9.30pagi:Â Murid-murid dari Kumpulan A akan menolak masuk bola-bola diperbuat daripada beg plastik ke dalam stadium
10.00pagi: Ucapan oleh Maya Karin
10.05pagi: Ucapan oleh Guru Besar Sek. Rendah Taming Jaya
10.10pagi: Ucapan oleh Guru Besar Sek. Rendah Seri Selangor
10.15pagi: Ucapan oleh Guru Besar Sek. Rendah Tun Hussein Onn2
10.20pagi: Ucapan oleh Wakil Syarikat Kitar Semula
10.25pagi: Upacara Penutupan Kempen Anti- Beg Plastik & Sesi fotografi bersama Murid-murid dari Kumpulan B
11.00pagi: Murid-murid dari Kumpulan C menolak bola-bola plastik ke arah lori kitar semula
11.10pagi: Acara Sukaneka melibatkan Murid-murid dari Kumpulan D
11.45tghari   Pengumuman penyertaan terbaik sekolah-sekolah & pemberian hadiah
12.00tghari   Para murid dan guru terlibat menaiki bas pulang ke sekolah
12.30tghari   Sidang Akhbar