Minat menggalakkan untuk kandungan muat-turun berkaitan Islam untuk bulan puasa.
Maxis Communications Berhad (“Maxis”) pengendali perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih terulung Malaysia mengumumkan bahawa program Ramadhan yang dikenali sebagai Ikhlas Maxis telah menarik minat yang amat menggalakkan dari para pelanggannya yang beragama Islam sejak ianya dilancarkan pada 3 September 2008.
Â
Ikhlas Maxis diwujudkan oleh Maxis khususnya untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia dan setiap titik perjalanan penting dalam kehidupan para pelanggan beragama Islam sepanjang bulan puasa ini. Oleh itu, Ikhlas Maxis menawarkan kandungan mudah-alih yang padat, dicipta khusus untuk membantu pengguna telefon mudah-alih Muslimin mendapat maklumat berhubung Ramadhan seperti waktu solat, solat tarawih, peralatan yang bermanfaat seperti kalkulator Zakat dan kalendar Hijrah, dan juga koleksi audio dan video seperti Hadis Ramadhan dan Panduan Ibadah Puasa.
Â
Puan Rossana Rashidi, Ketua Pegawai Kewangan Maxis menjelaskan, “Ikhlas Maxis adalah salah satu usaha Maxis untuk mengeratkan silaturrahim dengan para pelanggan Maxis beragama Islam, khususnya bagi menghayati bulan Ramadhan yang mulia dan meraikan Syawal yang akan menjelang. Ikhlas Maxis merangkumi rangkaian perkhidmatan dan kandungan mudah alih kaya dan interaktif yang berkaitan dengan Ramadhan.â€
Kata Puan Rossana: “Adalah harapan kami di Maxis agar perkhidmatan ini dapat menawarkan pelbagai kandungan mudah alih yang membawa manfaat kepada pelanggan-pelanggan Muslim Maxis, dengan cara paling mudah diguna tanpa bayaran yang tinggi. Oleh itu, Maxis menawarkan kad SD yang siap sedia dimuat dengan kandungan Ramadhan istimewa ini. Pelanggan kami hanya perlu memasukkan kad SD ini ke dalam telefon mudah alih mereka untuk menikmati kandungan tersebut serta merta. Inilah sebabnya minat yang diterima terhadap program Ikhlas Maxis amat menggalakkan sejak dilancarkan dua minggu lalu.â€
Semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis boleh mengunjungi mana-mana 16 pusat khidmat Maxis seluruh negara untuk mendapatkan kad Ikhlas Maxis mereka. Program ini dan kandungan muat-turun khas yang dicipta untuk Ramadhan adalah eksklusif untuk Maxis. Kad SD ini dijual pada harga nominal sahaja sebanyak RM15 dan semua kandungan muat turun di dalam kad tersebut ditawarkan secara percuma.
Ketika ini, Maxis menawarkan katalog terbesar produk dan perkhidmatan data mudah-alih di Malaysia. Maxis mempunyai kumpulan pengguna data mudah-alih paling besar di Malaysia, dengan 3.7 juta pelanggannya sering mengguna perkhidmatan internet mudah alih setiap bulan melalui perkhidmatan 3G/HSDPA, EDGE and GPRS. Program Ikhlas Maxis adalah lanjutan penting kepada perkembangan katalog produk dan perkhidmatan data mudah-alih dan maju untuk Maxis.
Â
Selain Ikhlas Maxis, Maxis menawarkan kadar istimewa musim perayaan untuk panggilan dari 2 September hingga 5 Oktober 2008. Para pelanggan yang membuat panggilan terus antarabangsa (IDD) ke negara-negara Indonesia, Pakistan, Bangladesh, India dan Brunei akan menikmati potongan harga 20% dari 9.00 petang hingga 9.00 pagi setiap hari.
Â
Maxis telah juga mencipta “WAP micro-site” menjelang Syawal unik yang di panggil Salam Lebaran dalam Maxis WAP Portal. Para pelanggan Maxis boleh menghantar dan menerima kandungan muat-turun mudah-alih meraikan musim perayaan dengan orang tersayang melaui telefon mudah-alih mereka. Salam Lebaran WAP adalah portal pertama yang menawarkan kandungan muat-turun peribadi (“personalised mobile contentâ€) di mana pelanggan boleh mencipta sendiri pesanan peribadi untuk orang tersayang. Para pelanggan boleh memilih dari pelbagai pilihan kandungan muat-turun seperti wallpaper, true tunes, video clips dan M-books bertema Aidil Fitri.
Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mendapat laluan ringkas ke WAP Salam Lebaran dengan menghantar SMS: Taip ‘DAPAT RAYA’ dan hantar kepada 22020. WAP Salam Lebaran akan dihantar ke telefon mudah-alih mereka dan para pelanggan boleh memuat-turun kandungan tersebut dari laman WAP tersebut secara mudah dan pantas.