in

Mawi dan Ikin Sah Kahwin Disember Ini

Dengar khabar, Mawi dan Ikin akan berkahwin pada 20 Disember 2008 ini. Namun semuanya masih belum diputuskan oleh Mawi sebab segalanya masih dalam perancangan. Selepas raya ini, Mawi dan pasangannya akan menjalani kursus kahwin.

Mawi dan Ina akan terus menjalani akad nikah tanpa pertunangan. Majlis pernikahan akan berlangsung di kampung keluarga pengantin perempuan, diikuti kenduri di Felda Taib Andak. Manakala, majlis khusus untuk meraikan rakan artis dan media pula akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Desas-desus kata Mawi akan mengadakan majlis perkahwinannya di Hotel Palace of the Golden Horses atau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) apabila beberapa pembesar negeri termasuk Sultan dan Menteri Besar turut mendapat undangan daripadanya.

Persandingan Mawi-Ikin bakal melakar sejarah sebagai wedding of the year. Justeru, dua stesen TV gergasi iaitu TV3 dan Astro sedia membuat pelaburan lumayan untuk menjadi penyiar TV rasmi majlis perkahwinan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZIARAH LEBARAN DI RTM

Lirik Mari Beraya – Metadome All Stars