Pada jam 8 malam ini 6 Mei 2012, menjadi tarikh keramat di mana berlangsungnya Majlis Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Alhamdulilah, Budiey sekarang (jam 6:31 petang) sudah selamat sampai di PICC Putrajaya ini untuk menyaksikan majlis ini berlangsung.
Persiapan telah dibuat seawal 2 malam sebelum majlis berlangsung.
Menurut Awal, bukan main susah untuk beliau mencari tarikh yang sesuai untuk majlis resepsi dan kebetulan tarikh 6 Mei ini PICC kosong, kalau tak sampai bila tak buat kat sini. PICC sangat sesuai untuk memuatkan tetamu yang ramai.
Sampai kat sini, terbayanglah kenangan semasa Budiey hadir di Majlis Resepsi Dynas Mokhtar suatu ketika dulu. Meriah.
Inilah gambaran di dalam Dewan PICC. Serba putih & lampu ungu.
Encik Razak dari Flora Etcetera yang lebih dikenali sebagai Flower Guru sedang sibuk menghiasi dewan PICC dengan bunga-bungaan berwarna putih.
Tetamu yang hadir pada malam ini juga akan dihadiahkan goodie bag dari Avon Malaysia. Ya, Scha Alyahya kan duta produk Avon Malaysia.
Ini pula gambar beberapa hari sebelum majlis nikah di majlis berinai Scha Alyahya.
Sama-sama kita doakan semoga majlis resepsi SchaAwal akan berlangsung dengan lancar dan selamatnya pada malam ini.
Paling menarik dan yang Budiey nantikan ialah majlis meriah pada malam ini akan dihadiri oleh ramai selebriti ternama negara. Juga dengarnya, ada beberapa penyanyi terkenal akan buat persembahan untuk menghiburkan hadirin di majlis resepsi malam ini. Insyaallah, kalau sempat Budiey akan record video persembahan mereka.
Ini gambar Scha Alyahya masa Majlis Nikah. Ramai yang puji, Scha ni memang cantik.
Majlis pernikahan pasangan ini bakal menerima tajaan mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa.
Lebih 1,750 cenderahati tajaan dari Avon & Bateel Asia bernilai RM60,000 bakal diedarkan kepada tetamu yang hadir.
Seperti malam pernikahan yang berlangsung pada 4 Mei yang lalu, pada malam ini juga Astro Ria dan Astro Awani akan dilantik sebagai penyiar rasmi.
Majlis resepsi perkahwinan pada malam ini akan dirakam untuk siaran episod khas Seia Sekata Scha & Awal pada hari Jumaat ini.
Sebelum Budiey siarkan gambar-gambar menarik sekitar Majlis Resepsi yang akan berlangsung sekejap sahaja lagi, Budiey ingin menyorot kembali sepuluh perkara menarik yang perlu anda ketahui tentang perkahwinan Awal Ashaari & Scha Alyahya
1) Awal & Scha akan berbulan madu di New York, USA. Selepas berkahwin, Awal mahu Scha pulang ke rumah sebelum jam 12.00 tengah malam.
2) Awal mahu Scha sentiasa tidur bersamanya walaupun sibuk atau berlaku krisis dalam rumahtangga. Dia percaya perkara itu penting setelah dinasihatkan oleh ibu dan kawan-kawan yang sudah berkahwin.
3) Scha mengharapkan Awal boleh menjaganya dengan baik sebagaimana dia menjaga keluarganya sendiri selepas berkahwin nanti.
4) Pasangan ini mendapat 10 penajaan untuk majlis pernikahan dan resepsi. Bio Essense & Nugeno Men antara penaja utama untuk kedua-dua majlis.
5) Astro adalah penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan ini. Selain menyiarkan majlis pernikahan secara langsung, Astro Ria akan menyiarkan empat episod pra-perkahwinan dan satu episod persandingan.
6) Awal nafikan dia mengejar publisiti, sebaliknya ingin berkongsi detik-detik bersejarah dia dan Scha bersama peminat yang banyak memberi sokongan.
7) Scha mementingkan hidangan yang ingin disajikan kepada tetamu. Dia mahu semua tetamu seronok dan puas hati dengan makanan.
8) Hanya ada satu majlis resepsi diadakan untuk kedua-dua belah pihak. Scha juga enggan melakukan sesi fotografi yang memerlukan dia menukar berpasang-pasang baju.
9) Scha mendedahkan andai dia tahu Awal hendak melamarnya secara rasmi di program Propaganza pada Ahad lalu, pasti dia tidak akan menghadirkan diri.
10) Pasangan ini sepakat memilih warna putih sebagai warna tema majlis perkahwinan mereka. Ini kerana mereka mahu majlis perkahwinan mereka kelihatan suci.
Sama-sama kita tengok samada kesemua kenyataan kat atas ni betul atau tidak kerana dengar ceritanya, Scha & Awal akan mengenakan beberapa pakaian persalinan pada malam ini.