in

Luscious by Najeeb Bulu Mata Palsu Bermutu

Jurusolek, pereka fesyen, stylish, penata rias dan jawatan yang sewaktu dengannya dikira sebahagiand daripada hidup selebriti. Tanpa pertolongan dan kepakaran mereka, selebriti akan menjadi hodoh dan tak bergaya langsung. Kerja belakang tabir mereka biasanya tak mendapat perhatian.

Namun, di zaman yang penuh cabaran ini, mereka yang bekerja di belakang tabir mulai muncul di khalayak. Penjenamaan diri dan label yang kukuh sangat penting sekarang ini. Jadi, mereka yang Budiey sebutkan kat atas tadi kini bangun untuk mengejar gemilang dalam kerjaya mereka. Bertambah mudah, apabila di zaman teknologi di mana info hanya bergantung di hujung jari. Rangkaian sosial dan laman sesawang memudahkan lagi proses penjenamaan diri.

Oh ya, sebenarnya, Budiey rasa setiap orang boleh buat penjenamaan diri sekarang ini melalui rangkaian sosial seperti Facebook. Ada sesetengah tu, dia cuma insan biasa tapi sangat famous di internet dengan cerita menarik di status FB mereka. Betul tak?

Baru-baru ini, Budiey berpeluang untuk singgah seketika di Pelancaran Luscious by Najeeb di Full House, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Mungkin ramai yang tak kenal dengan Najeeb. Beliau pernah bekerja dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Sebab kalau tak silap, masa pelancaran SimplySiti, Najeeb antara jurusolek yang buat demonstrasi dan presentation.

Luscious by Najeeb adalah produk bulu mata palsu yang boleh dibeli di laman web iaitu www.lusciousbynajeeb.com

Entri kali ini mengajak korang berkenalan dengan Najeeb. Beliau memulakan kerjaya sebagai make up artis seawal usia 24 tahun. Beliau mendapat bimbingan dari senior yang dianggap sifoo iaitu AM.

Menyedari pentingnya pengalaman dalam dunia solekan, tanpa menoleh ke belakang, Najeeb buat keputusan untuk mengembangkan kerjayanya dengan kerjasama make up artis di Indonesia. Usahanya tak sia-sia sebab namanya begitu cepat naik. Ini kerana teknik solekan Najeeb dikatakan menggunakan teknik yang sangat berbeza yang cukup natural dan anggun.

Sekaligus beliau kerap diminta untuk menyumbangkan bakat untuk penerbitan majalah, perkahwinan, komersial, kempen iklan hinggalah ke acara event dan sebagainya.

Najeeb turut menjadi pilihan ramai selebriti yang memperakui sentuhan solekannya seperti penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza, Nur Fazura, Deja Moss, Erra Fazira, Faizal Tahir, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Sarimah Ibrahim, Anne Ngasri dan ramai lagi.

Kredibiliti Najeeb terserlah apabila turut menjadi pilihan untuk menata rias selebriti antarabangsa seperti Lenka, Kriss Allen, Nicholas Saputra, Shanty, Dominic dan Lisa S. Hasil kerja editorial jejaka ini boleh diselak pada majalah fesyen seperti EH! In Trend, Nona, Harmoni, Wanita, Marie Claire, Seventeen dan banyak lagi lah.

Mengapa Luscious? Yea, Luscious by Najeeb adalah seleksi pilihan terbaik yang mewakili Najeeb. Ini yang Budiey katakan tadi… its all about penjenamaan diri.

Namun, jauh dari itu, bagi Najeeb produk bulu mata palsu ini berteraskan semula jadi sebagaimana yang korang mahukan, ianya sangat ringan dan lembut. Budiey pun dapat satu tapi mana boleh pakai, jadi kena berikan kepada isteri Budiey lah. Hehe… 🙂

Ia juga boleh dipakai berulang-ulang dan pastinya mengkagumkan sesiapa sahaja. Ia turut diperakui oleh selebriti yang Budiey temui pada hari tu termasuklah si Lutfya ni… sangat mesra dengan Budiey. Sentiasa senyum dan menyapa apabila bertemu di event.

Okay, Luscious by Najeeb ni dibuat menerusi teknologi distrerilkan, rambut asli dan merupakan cara terbaik untuk menambah pesona pandangan mata anda.

Kalau korang nak order, boleh dapat secara online. Tempahan boleh dibuat melalui laman web yang berikan kat atas tu dengan harga RM18 sahaja sepasang. Tanpa kos penghantaran kerana kos penghantaran ditentukan mengikut kuantiti dan tempat penghantaran.

Budiey sempat ambil gambar Lutfya yang memakai bulu mata palsu terbaru ni….

¯

Mantap!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Hooperz Angkat Generasi Pelakon Pelapis

Kes Cerai Anne Ngasri