in , ,

Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu OST Drama Bersiri Emil Emilda

Pada saya, lagu ini berirama penuh dengan pujuk dan rayu. Dicantikkan lagi dengan gaya penyampaian penyanyi dari Singapura, Imran Ajmain yang penuh dengan pengharapan dan kesetiaan sang kekasih. Teguh pendirian sang pencinta ini yang begitu setia menanti dan menunggu.

Tidak putus harapan menanti cinta yang baginya adalah satu yang berharga. Lirik lagu tema drama Emil Emilda ini begitu diminati kerana mempunyai bahasa yang agak mudah difahami.

Namun, terdapat bait-bait yang begitu puitis bagi saya iaitu di Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi, Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini, Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan, Ku masih setia.

Hayati lagu ini dan selami maknanya. Klik untuk memainkan lagu ini

Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu Emil Emilda

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Linda Onn & Fahrin Ahmad: Gambar Peribadi Tersebar, Apa Citer?

Winner Advertlets Referral, Gathering Kayangan & Peraduan Kayangan