Latifah Omar keluar wad
CHERAS: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hanya memeriksa kesihatan seniwati Latifah Omar beberapa jam bagi membolehkan ujian dibuat di Wad Pemerhatian sebaik dimasukkan pada jam 2.45 petang kelmarin.
“Kita menahannya di dalam wad untuk tempoh beberapa jam bagi mengenal pasti kesihatannya dan selepas itu dibenarkan pulang rumah,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, Latifah dimasukkan ke PPUKM dipercayai kerana mengalami sakit dalam perut dan kurang air dalam badan.
Pelakon filem klasik Bawang Puteh Bawang Merah dan Cucu Datuk Merah itu dibawa suaminya ke hospital terbabit pada jam 2.45 petang kelmarin selepas mengalami muntah dan sakit perut.