Tom kini muncul lagi dengan single terbaru “Redha”. Lagu hasil karya LY dan Baiduri ini sesungguhnya akan menyentuh hati pendengar di samping memberi kelainan dalam persembahan vokal Tom. Terimalah “Redha”, khas buat anda.
Setelah kemunculan single pertama bertajuk “Lagu Untuk Kuala Lumpur”, Tom kini muncul lagi dengan single kedua bertajuk “Redha”, daripada album pertama Tom, “Redha” yang telah pun berada di pasaran pada 21hb Oktober 2010. Berbeza dengan penampilan sebelum ini dengan lagu yang berentak rancak, Tom kini tampil dengan lagu berirama syahdu dalam genre ballad rock. Dengan penyampaian lagu yang masih mengekalkan nuansa rock, “Redha” bagaimanapun memberi kelainan dalam persembahan vokal Tom.
Sebagai sebuah lagu hasil karya LY dan Baiduri, yang merupakan penulis lagu “Aku Cinta Padamu” dendangan Dato Siti Nurhaliza, serta lagu “Mengapa” yang telah membawa Nicky Astria ke Malaysia, sentuhan beliau kali ini turut mempunyai kekuatan yang tersendiri. Seperti kebanyakan lagu genre pop, “Redha” adalah berkisar tentang percintaan. Menjurus kepada perihal keredhaan dalam percintaan, sesungguhnya lagu ini akan mengimbau kenangan pendengar yang pernah melalui keperitaan, di samping menghiburkan hati sang lara.
Dengan susunan senikata dan senilagu yang kemas, penggubahan “Redha” dilengkapi dengan susunan lagu yang teliti. Solo piano dengan diikuti bunyi chorus nyata memberi aura yang berkesan dalam mencetuskan mood syahdu pada intro lagu ini. Melodi yang agak mendatar pada bahagian verse yang berlatar-belakangkan alunan piano pula adalah susunan muzik yang efektif dalam menyerlahkan persembahan vokal Tom pada bahagian ini. Berbandingan dengan susunan lirik yang padat pada bahagian verse, korus lagu ini memberi ruang kepada pendengar untuk turut merasai kesayuan dalam setiap bait perkataan menerusi melodi perlahan yang disampaikan. Pada keseluruhan persembahan “Redha”, kekuatan vokal Tom paling ketara apabila beliau menyampaikan not tertinggi pada bahagian bridge lagu ini. Susunan lagu yang diselingi kelainan sebegini memberi efek kontra pada setiap bahagian lagu, menjadikan lagu ini tidak bosan untuk didengari.
LIRIK LAGU Redha
Senilagu: LY
Senikata: Baiduri
Hakcipta Senilagu & Senikata: Kelarai Sakti Publishing Sdn Bhd
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
# Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
* Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan
Ulang # & *
Aku redha…