in , ,

Lagu LISA Rockstar Masih Trending Cecah 77 Juta Dalam Masa Seminggu

Pada 27 Julal lalu, bintang rap, penyanyi, penari dan ikon gaya terkenal dunia, LISA (Lalisa Manobal), mengeluarkan single terbaharu beliau, berjudul “Rockstar,” melalui LLOUD Co./RCA Records.

Dengarkan “Rockstar” di sini. “Rockstar” memperlihatkan kemampuan LISA yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga, terutamanya saat dia menyanyikan lirik, “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.”

Lagu baharu ini diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee.

Selain lagu tersebut, LISA juga berkongsi video rasmi “Rockstar” arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead. Dirakam di Bangkok, video ini memberi peluang kepada Lisa untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya Thailand dan kehidupan jalanan Thailand yang asli saat dia menampilkan dirinya sebagai seorang bintang rock sejati dengan selingan koreografi yang memukau. Tonton video tersebut di sini

LISA pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun TikToknya yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapatkan 1 juta pengikut dalam waktu 2 jam dan 18 minit. Selepas dia mengumumkan kelahiran single tersebut minggu lalu, ia disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan dari para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain.

LISA

“Rockstar” adalah single solo pertama LISA yang dikeluarkan di bawah kerjasama terkini antara syarikat pengurusannya, LLOUD Co., bersama RCA Records. Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD CO. ditubuhkan oleh LISA dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.

LISA paling dikenali sebagai anggota salah satu kumpulan nyanyian wanita K-pop paling popular dunia, BLACKPINK. Selain kejayaannya dengan BLACKPINK, LISA telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai seorang artis solo saat lagunya “Lalisa” dan “Money” memasuki carta top 10 Billboard Global 200 dan “Money” pula memegang rekod sebagai lagu yang paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.

LISA

Pada tahun 2023, LISA memecahkan tiga rekod dunia Guinness dengan pengikut Instagram terbanyak untuk seorang artis K-pop (saat ini 103 juta pengikut di platform tersebut), dan dia juga merupakan pemenang solo K-pop pertama di MTV Video Music Awards dan MTV European Music Awards.

Di luar dunia muzik pula, LISA akan membintangi musim terbaharu siri hit HBO Original, The White Lotus, musim ke-3. Watak ini akan menjadi pengenalan gahnya di layar TV, malah saat ini dirinya sedang menjalani penggambaran di negara asalnya Thailand.

Selain dominasinya secara global dalam dunia muzik dan seni pentas yang tiada tandingan, dia dikenali juga kerana naluri fesyennya yang unik serta gayanya yang sentiasa mencetuskan trend, ini menjadi kekuatan utamanya dalam industri fesyen dunia. Dia memiliki beberapa kerjasama besar dan saat ini menjadi wajah Bulgari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rocketfuel Umum Kerjasama Strategik dengan ADA Warner Music Malaysia

ASMIDAR

Antara Batas Agama & Tradisi Inti Pati Telefilem Lumping Putih dii TV1