in , ,

Kumpulan Kugiran Dukes Perkenal Diri Dengan Single Terbaharu Berjudul Laila

Kumpulan Dukes pernah melancarkan lagu berjudul ‘Girls’ pada Ogos 2023, kini mereka muncul dengan sebuah lagi karya baharu berjudul ‘Laila’.

Sebuah lagi kumpulan kugiran menyertai persada seni muzik negara dengan menggunakan nama ‘Dukes’. Membawa muzik berentak rock, kumpulan ini berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan ditubuhkan di Universiti Malaya pada penghujung 2022. 

“Laila adalah sebuah lagu fantasi romantis yang meluahkan perasaan suka yang sangat dalam buat seorang gadis bernama Laila. Liriknya menggambarkan perasaan penyanyi yang terpegun dengan kecantikan serta keunikan keperibadian Laila sambil berkhayal mengimpikan saat bergurau senda bersama dengan rasa penuh kasih sayang. Korus lagu ini menekankan keinginan untuk mengulangi detik-detik manis tersebut manakala melodinya mencerminkan mimpi penyanyi yang tidak habis-habis memikirkan dan terbayangkan Laila dalam mindanya,” jelas mereka tentang lagu ini.

Kumpulan Kugiran Dukes Perkenal Diri Dengan Single Terbaharu Berjudul Laila

Kumpulan yang dianggotai Ziggy (penyanyi), Rayyan (gitar utama), Jimbo (gitar ‘rhythm’) Umar (pemain bass) dan Cheng Wei selaku pemain deram ini sangat teruja dengan karya mereka ini.

“Kami mempunyai harapan yang tinggi buat lagu ini. Proses rakamannya juga berjalan lancar dan sangat cepat kerana kami dapat bekerjasama dengan penerbit kami Amsyar dengan begitu mudah.

Kami hanya menghadapi satu sahaja cabaran iaitu mencari waktu untuk menyiapkannya kerana kami semua sibuk dengan tugasan masing-masing di universiti,”

– Dukes
Kumpulan Kugiran Dukes Perkenal Diri Dengan Single Terbaharu Berjudul Laila

Semestinya mereka berharap lagu ini akan diterima baik oleh semua pendengar.

“Kami harap ia akan diterima sebaik sahaja dilancarkan namun yang paling penting supaya semua boleh merasai dan memahami maksud lagu serta liriknya. Oleh kerana kami masih muda dan baharu di bidang ini, matlamat utama kami adalah untuk dikenali melalui lagu ini,” kata mereka menutup bicara dengan penuh harapan.

Bakal dikeluarkan pada tarikh 21 Jun 2024, ‘Laila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Lirik Lagu Laila – Dukes

Laila Lyrics

(Verse 1)

Wahai gadisku laila

Orang secantik nama

Tak perlu kata apa apa dinda kanda tetap dinda yang punya 

Senyummu istimewa 

Matamu bagai sumpah

Membuatku jadi gila dalam cinta sanggup lakukan apa saja 

(Pre Chorus)

Oh laila

malam sunyi sudah mulai berlagu

Ayulah 

kamar beradu sedang menunggu

(Chorus)

Boleh kita bercanda, ketawa, geram peluk dan cium pipi

Berasmaradana, bermanja, esok pagi kita ulang lagi

Dalam nyenyak lenaku, Ku terus

Dihantui bayanganmu

(Verse 2)

Wahai gadisku laila

Gadis penuh berwarna

Ku kagum Betapa aneh jiwanya tak jemu buat aku si pujangga

(Pre Chorus)

Oh laila 

malam sunyi sudah mulai berlagu

Ayuhlah 

kamar beradu sedang menunggu 

(Chorus)

Boleh kita bercanda, ketawa, geram peluk dan cium pipi

Berasmaradana, bermanja, esok pagi kita ulang lagi

Instrumental

(Post Chorus)

La la la la la laila

La la la la la laila

La la la la la laila

La la la la la laila

(Outro Chorus)

Boleh kita bercanda, ketawa, geram peluk dan cium pipi

Berasmaradana, bermanja, esok pagi kita ulang lagi

Dalam nyenyak lenaku, Ku terus

Dihantui bayanganmu

Dan bilaku terkejut, merenung

Ku memanggil namamu.

Oh, laila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri HONOR 200 Lancar di Malaysia, Harga Bermula Daripada RM1,899

Astro Radio Rapatkan Ukhuwah Anjur Korban Bersama Siti Khadijah