in , ,

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Kolaborasi Yang Dinamik: WAWA dan CoolBlog Memperkenalkan Enam Produk Berasaskan Epal untuk Kesegaran dan Kecantikan! Tahniah di atas penganjuran.

Hari ini menandakan pelancaran yang sangat dinantikan hasil kolaborasi antara Coolblog, jenama minuman smoothie yang telah berjaya bertapak di pasaran selama 19 tahun, dan WAWA, jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal.

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baru berasaskan buah epal, yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga dengan kecantikan. Tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri.

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Booth pelancaran kali ini tampil dengan konsep yang memikat, menggabungkan warna pink ceria dari Coolblog dan merah glamor dari WAWA.

Kombinasi dua elemen berbeza ini, kecantikan dan pencuci mulut, mencipta pengalaman yang ikonik dan unik. Pengunjung pasti akan teruja dengan keunikan dan keseronokan yang ditawarkan oleh booth ini.

Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang mencintai diri sendiri (‘SELF-LOVE’) dan kecantikan dari dalam (‘LOVE FROM INNER BEAUTY’).

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

“Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka. Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda.”

– Wawa Zainal

Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, menambah, “Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari anda lebih ceria dan penuh warna.”

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Melalui kolaborasi ini, Coolblog melancarkan enam perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz, Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt, Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie, dan Green Apple Smoothie. Setiap pembelian dua produk dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih memberi anda peluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari enam warna menarik.

Cara pembeliannya adalah dengan setiap pembelian dua minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih, pelanggan berpeluang mendapatkan item terlaris iaitu WAWA Butter Liptint dengan pembungkusan eksklusif.

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Selain itu, melalui Touch ‘n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang mengandungi produk kecantikan dari Wawa bernilai RM200.

“Maklum balas daripada pelanggan sangat menggalakkan mengenai kolaborasi ini. Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta pembungkusan eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini.”

– Sueli Lew, CEO Coolblog
Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Kolaborasi antara Coolblog dan WAWA ini tidak hanya menyatukan dua jenama terkemuka, tetapi juga menunjukkan bagaimana gabungan kesegaran minuman smoothie dan kecantikan produk penjagaan diri dapat mencipta pengalaman yang unik dan menarik bagi para pelanggan. Ia adalah langkah besar dalam memperkasakan jenama tempatan dan memberikan inspirasi kepada industri untuk terus berinovasi dan mencipta produk yang berkesan dan menyeronokkan.

Kolaborasi Ikonik Coolblog & WAWA Perkenalkan Produk Baru Yang Inovatif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Malaysia Memacu Semangat Jiwa Merdeka, Satukan Rakyat Malaysia 

Storyteller Guild 2024 Merai Tokoh Wayang Kulit Haji Ab Mukhti Mohd Rais