in ,

Betul Ke Pelakon Ezany Kecewa & Tak Puas Hati dengan Penganjur?

Pelakon Filem Cinta Yang Satu, Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff yang telah berkahwin dengan Lizdanuryanti Abidin ada bagitau media bahawa Ezany kecewa dan tak puas hati dengan penganjur sebab kelemahan semasa majlis persandingan mereka berlangsung sehingga ia dipaparkan dalam Internet.

Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis nafi yang pihak hotel gagal mengurus dengan baik majlis perkahwinan pelakon kelahiran Perlis pada 9 Jun lepas.

Kos sebenar majlis yang berlangsung di restoran terapung, Ocean Glow, itu cuma RM10,000 dan bukan RM100,000 seperti yang didakwa pihak tertentu.

Pengurus besar hotel tersebut siap tunjuk bukti, fakta dan salinan perjanjian supaya imej hotel tersebut tidak dipandang serong. Biasalah, bila dah buat majlis untuk kos RM10,000 tapi tetamu yang datang pulak terlalu ramai. Memang tak cukup kerusi la jawabnya.

Yang dijemput 600 orang je tapi yang datang sampai 800 orang. Mengikut perancangan awal, kedua-dua mempelai akan diarak menaiki bot dari Kuala Perlis dan berlabuh di sebuah restoran diberi nama Ocean Glow.

Pengantin perempuan pula akan diarak dengan kereta kuda untuk bertemu pengantin lelaki di restoran itu yang jaraknya hanya 100 meter dari sebuah hotel.Abdul Wahab bagaimanapun mengakui tidak dapat menguruskan perarakan pengantin melalui laut kerana air surut walaupun bot berkenaan telah disediakan.

Kredit Gambar: Seri Delima Bridal Gallery

ezany

Tonton filem terbaru Ezany, Cinta Yang Satu mulai 12 Julai 2007.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Nafas & Hidup Lagu Runut Untuk Filem DIVA

Paris Hilton Akhirnya Menjadi Wanita Yang Bebas