Rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8.00 hingga 10.00 pagi mempunyai pengikut tersendiri, baik di kalangan penduduk desa mahupun warga kota dan bersantai bersama keluarga. Sentiasa menghidangkan topik-topik bualan menarik, serta muzik-muzik asli dan tradisional, satu karnival Nasi Lemak Kopi O yang bakal menjadi tumpuan ramai akan diadakan.  Â
Bertemakan “Sajian Warisan Kalis Gawatâ€, karnival ini akan memberi peluang kepada TV9-Nasi lemak Kopi O dengan bantuan enam pengusaha nasi lemak, seperti Kagumas, Tanglin, Nasilemakibu.com, mynasilemak.com, Fatehah and Ikhwan Nasi Lemak untuk mengukir nama dalam Malaysia Book of record (MBR) bagi membina menara nasi lemak setinggi 10 kaki. Â
Turut hadir bagi memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O ini adalah Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mazalan Bin Md Noor. Bersempena dengan Karnival ini juga, orang ramai turut berpeluang untuk berkunjung ke gerai-gerai yang akan dibuka selama dua hari dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.   Â
Tarikh / Hari : 5 April 2009 / Ahad
Tempat : Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam
Masa : 8 pagi hingga 10 pagi (Menara nasi lemak akan mula dibina sejurus bersiaran)
Tema : Sajian Warisan Kalis Gawat