in ,

Jurey Latiff Kalah Saman TV3 Nas Ahmad

Ingat lagi tak entri Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad yang Budiey siarkan pada 17 Mac 2010. Haa, dua hari lalu, iaitu pada 16 Julai 2013, kes ini telah pun selesai. Wow, lama juga kes ini memakan masa untuk selesaikan. Syukurlah, segalanya diselesaikan dengan baik mengikut keputusan mahkamah.

Hampir semua akhbar telah pun menyiarkan tentang berita ini. Portal Mstar ada menyiarkan: Jurey Latiff Kalah Saman TV3 Budiey suka memetik dari akhbar Utusan Malaysia:

Saman fitnah RM10 juta oleh penerbit drama televisyen, Jurey Latiff Rosli terhadap Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) kerana mengaitkannya dengan seorang gadis dalam rancangan hiburan Melodi, kira-kira lima tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

jurey

Jurey Latiff yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mendakwa fitnah tersebut disiarkan dalam Melodi pada pukul 12.30 tengah hari, 21 September 2008 yang dikendalikan oleh wartawan, Nas Ahmad.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam keputusan secara lisan mendapati segmen Melodi itu tidak memfitnah Jurey Latiff memandangkan dia telah diberi peluang untuk membela dirinya atas dakwaan tersebut namun memilih untuk menyampaikan cerita versinya sendiri.

Malahan menurut hakim itu, berdasarkan keterangan Nas Ahmad, saksi tersebut menyatakan telah menghubungi Jurey Latiff sebelum segmen Terjah disiarkan.

Hakim Nik Hasmat berpendapat, saksi itu dan TV3 telah menjalankan tugasnya sebagai wartawan dengan sikap penuh bertanggungjawab.

“Jika dilihat daripada perkataan tersebut, seolah-olah memfitnah Jurey Latiff. Namun apabila dilihat daripada keseluruhan fakta dan kes itu perkataan tersebut tidak terjumlah kepada memfitnah. Ini kerana Jurey Latiff mengetahui dakwaan terhadapnya dan menyedari mengapa soalan itu diajukan kepadanya.”

Beliau berkata, temubual yang dibuat oleh Nas Ahmad semata-mata untuk mendapatkan maklum balas Jurey Latiff dalam hal tersebut.

Sehubungan itu, mahkamah menolak saman Jurey Latiff selaku pihak plaintif dengan kos RM25,000.

Plaintif menamakan TV3 sebagai pihak defendan dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 13 Januari 2009 dengan mendakwa Melodi menyiarkan perkataan yang membawa maksud dan difahami, dia sebagai individu, suami dan bapa yang tidak bermoral. Sumber: Utusan Malaysia

Budiey ada mengambil kenyataan daripada Nas Ahmad:

Syukur alhamdulillah kes yang dah 5 tahun ini akhirnya dah selesai. Ia membuktikan kita hidup di negara yg ada undang-undang. Walau ‘Terjah’ yg saya cipta lebih 7 tahun lepas & masih aktif hingga kini tu sifatnya sensasi & kontroversi, tapi saya tetap patuh pada etika kewartawanan & penyiaran dalam menyiarkannya. Jangan buat berita fitnah atau berita berat sebelah. Saya sedar ada segelintir kecil pihak yg beranggapan Terjah itu kononnya ‘mengaibkan’ atau seumpamanya sehingga ada yg mencemuh saya, semua beban tu saya rela  pikul di bahu asalkan saya tahu apa nawaitu sebenar saya. Moga persada seni dan bidang kewartawanan hiburan negara kita terus sukses seiring kemajuan negara.

Semoga ini dijadikan iktibar buat semua karyawan dan anak seni…

Melodi Raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Program Menarik Seindah Ramadan TV3

Selebriti Popular Alih Bahasa Malaysia Madagascar 3