Kepada peminat setia juara Akademi Fantasia 5 ini, jangan lepas peluang untuk mandi manda bersama Mila. Bayaran hanya RM40 dan anda akan disediakan ruang yang luas untuk bermandi manda bersama Mila dan peminat fanatik Mila. Acara bermula 10.30 pagi hingga 6 petang.
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti dalam kolam, lrt & tarik tali, aktiviti davom, davom drift, musical jukebox, davom link, pening-pening lalat. Bukan itu sahaja, anda akan diberikan T-Shirt eksklusif, kupon makan dan cenderamata dari Da VOM! Juga tidak ketinggalan, di sana juga akan diadakan perasmian Voices of Mila!
Tak puas lagi main air, hah! Sempena hari Merdeka ini akhbar NSTP, Harian Metro, Berita Harian akan memberikan 50,000 keping voucher tiket percuma bernilai RM65 setiap satu untuk anda mandi mandi di Sunway Lagoon pada 8 September.
Tiket boleh ditukar pada 30 Julai hingga 4 september.  Mandi berkubang la korang puas-puas. Sila dapatkan akhbar NSTP dan sewaktu dengannya bagi keterangan lanjut.
Sensasi Selebriti juga dijemput untuk melihat korang semua mandi manda dan bermain air bersama Mila. Terima kasih kepada pembaca dan peminat Mila, Abby! Terima kasih kerana sudi menjemput Budiey.
Untuk info lanjut, sila ke:
http://www.milawazzup.com/infofc/dwpromot.htm