Semalam, jam 11 pagi, bertempat di Delicious Restaurant (sebelah Bombay Palace), Residency, Jalan Tun Razak diadakan pelancaran program The Breakfast Show anjuran NTV7. Good breakfast dan good goodies untuk media yang hadir. Huhu…
MULAKAN HARI ANDA DENGAN ntv7!
Pagi rakyat Malaysia akan lebih ceria dan menyegarkan dengan bersiarannya program signatur saluran ntv7 yang berwajah baru, The Breakfast Show, setiap Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 10.00 pagi, pembuka tirai Tahun Baru 2009 pada 1 Januari ini.
Mula bersiaran pada tahun 2006, The Breakfast Show berjaya muncul sebagai sebuah program bual bicara yang menarik, padat dan unggul. Semestinya, ini adalah rancangan yang menggegarkan pagi rakyat Malaysia selama ini!
Program bual bicara berbentuk majalah ini telah berkembang dengan cemerlang dan berdiri teguh semenjak beberapa tahun ini di samping mengekalkan jumlah penonton setia rancangan yang membanggakan. Berbekalkan The Breakfast Show yang berimej baru ini, penonton bukan sahaja akan dihidangkan dengan perisian bermutu dan berita selama TIGA JAM, malah program ini akan diberi nafas baru dari segi penyampaian dan dibarisi personaliti ternama.
Setiap pagi, ntv7 menjanjikan suasana pagi yang gamat dan meriah apabila penonton dihiburkan dengan telatah gabungan lima personaliti hebat ntv7 – Joanne De Rozario, Zaini Ahmad, William Quah, Daphne Iking, dan Nazruddin Habibur Rahman.
Sebelum melebarkan sayapnya dalam bidang penerbitan rancangan, Joanne De Rozario lebih dikenali sebagai pembaca berita di ntv7 dan TV3 di samping mempunyai reputasi unggul dalam bidang kewartawanan dan produksi TV; di hadapan kamera dan sebalik tabir. Zaini Ahmad pula mula melonjakkan namanya setelah diangkat sebagai salah satu wartawan komuniti terbaik susulan kedua-dua rancangan milik beliau memenangi anugerah – 7 Di Pihak Anda dan My Time Out.Â
Bijak dan pandai berjenaka, William Quah mempunyai wajah dan suara yang dikenali ramai terutamanya di kalangan peminat industri penyiaran tempatan. William Quah juga telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan pengalaman luasnya dari seorang pengacara TV dan pembaca berita ke penyampai radio dan pengacara majlis serta penulis. Rancangan ini pastinya meraikan kepulangan tiga personaliti yang juga perintis di ntv7 semasa ia mula ditubuhkan pada tahun 1997.
Dibanjiri pujian hebat dari kalangan penonton sebagai pasangan paling ideal di kaca TV Malaysia, pengacara Daphne Iking dan Nazruddin Habibur Rahman akan terus kekal memberikan hiburan yang terbaik dan juga seiring dengan peredaran masa dalam perisian berita, perniagaan dan hiburan dalam The Breakfast Show – segalanya baru.
Kepakaran personaliti ini menyampaikan bahan berita akan bersatu dengan hala tuju baru rancangan yang lebih segar, menjadikannya ia sebuah rancangan yang lebih bermutu untuk penonton stesen. Selain itu, personaliti The Breakfast Show turut akan bekerja secara intim dengan Unit Berita di samping mempelawa pakar dan professional yang berkenaan untuk sama-sama membincangkan topik yang diketengahkan. Selain itu, anda juga berpeluang melihat mereka membuat liputan luar bagi memberikan penjelasan dan gambaran lebih jelas mengenai isu terbabit.
Sepanjang tiga jam berkenaan, The Breakfast Show akan mempersembahkan himpunan segmen yang lebih praktikal dan intelektual, mengikut kesesuaian jenis penonton untuk setiap jam. Pembuka tirai pagi anda adalah koleksi isu politik dan perniagaan, di mana, personaliti tersebut akan menganalisis tajuk berita utama dan memaparkan kisah perniagaan yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para penonton. Jam pertama ditujukan khas untuk golongan lelaki bekerjaya professional berumur 40 tahun dan ke atas, pengurus, eksekutif dan peniaga, golongan urban kelas tengah dan para pelajar.
William Quah
Nazruddin Habibur Rahman
Joanne De Rozario
Zaini Ahmad
Lebih mengagumkan, kali ni program ini turut didokong kuat oleh isu sosial dan isu tempatan yang menarik sepanjang jam kedua. Penonton boleh menjangkakan perbincangan yang lebih mendalam dan padat mengenai topik semasa. Untuk jam ini, The Breakfast Show berazam untuk menawan hati golongan wanita berumur 40 tahun dan ke atas, golongan urban kelas tengah dan pelajar.
Kini, hiburan urban hanyalah di hujung jari anda apabila penonton berpeluang mendapatkan berita yang lebih terperinci dan eksklusif mengenai selebriti kegemaran mereka, tempatan dan luar negara. The Breakfast Show turut akan bertindak sebagai platform untuk rakyat mendapatkan informasi mengenai acara di serata Malaysia dan dunia. Segmen ini adalah ditujukan khas buat golongan wanita berumur 30 tahun dan ke atas dan suri rumah.
Bercakap semasa pelancaran, Pengurus Jenama ntv7, Emilya Abdul Rahim berkata, “Berdasarkan kajian menyeluruh kami, kami mendapati penonton Malaysia cukup menggemari program bual bicara dan ntv7 amat berbangga untuk memaklumkan mengenai kepulangan rancangan pagi kegemaran rakyat Malaysia yang bukan sahaja berimej baru, dibarisi personaliti yang terkenal dan dikagumi, malah akan berlatar-belakangkan studio yang baru – menambahkan “ciri urban dan elit†pada rancangan ini.â€
Tambahnya lagi, sementara kami menambahkan elemen baru yang lebih hangat dan relevan kepada penonton, rancangan ini akan terus mengekalkan semangat ‘The Breakfast Show’ yang sama, dan stesen ini akan berusaha untuk mengekalkannya sebagai sebuah program yang digemari oleh penonton baru dan setia kami.
“Perasaannya adalah seperti membeli majalah kegemaran anda di pagi hari dan bersantai bersama personaliti ini dan sama-sama membacanya, kerana The Breakfast Show pastinya merupakan program majalah yang menawarkan segala-galanya!Â
Untuk penonton yang menginginkan hari yang lebih ceria dan girang, jangan lupa untuk menonton The Breakfast Show, setiap Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi – 10.00 pagi mulai 1 Januari 2009, hanya di ntv7!