Okay, jawapan kepada trivia kita pada hari ini ialah Faizal Tahir.
Budiey juga ada menembual Faizal Tahir ketika beliau hadir di AIM17:
Untuk info peminat FT, pada malam Anugerah Industri Muzik ke 17 nanti, beliau akan membawakan single terbaru berjudul Selamat Malam daripada album terbaru Adrenalin
Di sidang media AIM 17 baru-baru ini, Faizal Tahir ditanya samada kemunculannya di acara-acara hiburan terlalu kerap akan membosankan peminat. Faizal Tahir kata, dia menganggap situasi ini sebagai satu tanggungjawab untuk menghiburkan peminat.
“Perkara tersebut tidak menjadi persoalan, bagi seorang artis kita hanya menjalankan tugas. Jika mereka memilih saya untuk membuat persembahan pada acara tersebut itu adalah satu penghargaan. Tentang rasa bosan peminat kepada saya, itu adalah di luar bidang kuasa saya.”
Jadi, macamana cara FT nak elak peminat rasa bosan?
“Apa yang penting bagi mengelakkan mereka rasa bosan dengan persembahan saya, saya perlu sentiasa beri kelainan dan bertenaga,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan pengacara, penyampai dan artis yang membuat persembahan pada malam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada 2 Mei ini.
“Terus terang saya terkejut dengan pemilihan kali ini, tahun lepas saya telah digandingkan dengan Rossa dengan membawakan lagu Terlanjur Cinta. Tahun ini saya rasa lebih teruja dan menjanjikan yang terbaik, namun corak persembahan masih belum difikirkan lagi” jelasnya.
Macamana dengan keadaan kesihatan FT?
“Tahun ini saya terlalu sibuk, belum pernah saya sesibuk ini. Terlalu banyak perancangan untuk persembahan ditambah pula dengan promosi untuk album baru. Keadaan kesihatan saya belum pulih sepenuhnya, saya masih lagi ambil ubat. Setakat ini 50 peratus sudah pulih,” ujarnya.