Jangan tegur, sebuah lagi filem terbitan Metrowealth yang mengetengahkan genre seram. Metrowealth sekali lagi mengangkat genre ini kerana yakin dengan kehendak penonton yang gemarkan filem seram. Jangan tegur merupakan filem ke-27 terbitan Metrowealth (MIG).Â
Jangan Tegur dihasilkan pengarah Pierre Andre bersama barisan krew yang sama menghasilkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak seperti pengarah fotografi Indra Che Muda, pengarah seni, pengarah muzik dan bunyi serta penolong pengarah. Pengarah juga mendapat khidmat nasihat dari pengarah berpengalaman iaitu Ahmad Idham. Kolaborasi ini menyakinkan pihak Metrowealth (MIG) terhadap filem ini.Â
Barisan pelakon yang menjayakan filem Jangan Tegur ini terdiri daripada pelakon-pelakon yang hebat seperti Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Pierre Andre, Almy Nadia, Rozita Che Wan, Kaza, Abu Bakar Juah dan ramai lagi. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain kekuatan mereka menangani watak yang diberikan.Â
Kelebihan Jangan Tegur adalah jalan ceritanya yang menarik dengan unsur-unsur ’suspen’ dari awal hingga ke akhir cerita. Jangan Tegur telah menjalani pengambaran sepenuhnya di sekitar Lembah Kelang bermula 16 Mac 2008 lalu.Â
Jangan Tegur akan ditayangkan di Singapura bermula 30 April ini dan berdasarkan penerimaan mereka terhadap filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang pernah ditayangkan di sana, MIG yakin Jangan Tegur juga akan mendapat sambutan.Â
Di Malaysia Jangan Tegur akan mula menemui peminat filem seram pada 9 April ini.