Budiey nak ucapkan tahniah kepada Jaclyn Victor yang telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 untuk filem Talentime. Sekaligus menewaskan empat lagi pesaingnya, Heliza Helmi, Zalina, Yasmin Khaniff dan Yuhana Yahya. Tahniah juga buat filem Talentime yang meraih anugerah pertama. Pada 8 Ogos di malam kemuncak nanti, Budiey percaya Talentime akan menang banyak lagi anugerah.
Pertama kali berlakon filem, terus dapat anugerah. Ada harapan, selepas ini mungkin Jac akan terus berlakon. Jaclyn Victor membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.
Tahniah juga buat pemenang pelakon Harapan Lelaki iaitu Zahiril Adzim menerusi filem Kami The Movie, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Mohd. Hadziq (Syurga Cinta), Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi oleh Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan) dan Poster Terbaik dimenangi oleh filem Histeria. Filem Geng: Pengembaraan Bermula dipilih memenangi Anugerah Filem Box-Office selepas mengaut kutipan tiket RM6.2 juta sewaktu ia ditayangkan di pawagam baru- baru ini iaitu yang tertinggi buat filem tempatan tahun ini.
Pada 5 Ogos lalu, FFM22 telah membuka tirai dengan menyampaikan 10 anugerah yang disampaikan pada Majlis Perasmian FFM22 termasuk Pelakon Harapan Wanita, kategori Filem Dokumentari Terbaik yang dimenangi filem Bumi Pribumi, Filem Pendek Terbaik (Permata Bonda), Filem Animasi Terbaik (My Telatori) dan Filem Digital Terbaik (Aathma). Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.
FFM22 yang pertama kali diadakan di luar Semenanjung itu akan mengumumkan sekitar 20 anugerah utamanya termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di Dewan Cancelor, Universiti Malaysia Sabah di sini, 8 Ogos ini bermula 8.30 malam.
Jac masa berlakon dalam Talentime.