in

Isu Penganiayaan Penganjur Teater Bangsawan Siti Zulaikha

Budiey ada dengar dan mendapat tahu Teater Bangsawan Siti Zulaikha arahan Raja Azrey yang akan dipentaskan pada 26 dan 27 Februari 2011 di Auditorium Taman Budaya Negeri Melaka sedang mengalami beberapa masalah sehingga teater ini terpaksa dibatalkan.

Isu ini dikatakan menjadi lebih parah setelah pengarah dan beberapa pelakon menarik diri dan mereka telah membuat aduan kepada pihak Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia dan Pertubuhan Teater Klasik Perak.

Pada malam ini, jam 9 malam akan diadakan sidang media tergempar berhubung penganiyaan penganjur terhadap PIKN serta pembatalan secara mengejut pementasan Siti Zulaikha.

Menurut email yang Budiey terima, si pengirim ada mempersoalkan, “Mengapa Raja Azrey suruh kami jawab jika pihak pengurusan bertanya berapa kami dibayar maka kami jawab RM1500.00 sedangkan kami cuma d bayar RM 750.00 sahaja?”

Dalam email tersebut ada mengatakan, Raja Azrey yang bijak memainkan peranan terus mengatakan dia difitnah lalu meletakkan jawatan sebagai pengarah diikuti pula pelakon-pelakon lain yang setia dengan Raja Azrey terus menarik diri.

Pihak Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia dan Pertubuhan Teater Klasik Perak yang mula mencuim ada perkara yang tidak telus lalu mengambil keputusan untuk tidak membayar wang pendahuluan sementara sedang menyiasat pekara yang berlaku sedangkan masa untuk persembahan tidak sampai 15 hari lagi.

IMG_0607

Raja Azrey semasa pelancaran teater bangsawan ini

IMG_0626

Mungkin ini wajah hampa Azza…

IMG_0633

Antara pelakon teater Siti Zulaikha

IMG_0642

IMG_0647

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang

Program Menarik Sempena Chap Goh Mei