Beberapa hari lalu, hangat di laman sosial Instagram bila mana pelakon Ika Nabila beri respon yang agak panas gara-gara ada followers Instagram miliknya meminta Ika memuat naik gambar bogelnya. Uik, siapa yang tak melentingkan? Ini berikutan dari gambar Ika Nabila yang sedang bercuti di Krabi, Thailand yang dikatakan ‘hot’ sangat tu. Walhal bagi Ika Nabila, beliau tidaklah memakai bikini dan tidaklah seseksi mana pun. Bagi Ika Nabila, sikap follower macam tu memang kurang ajar sikit sebab meminta Ika benda yang bukan-bukan seperti memuat naik gambar bogel? Waah, itu dah kurang hajar tu? Disebabkan bengang sangat, Ika membalas permintaan mereka dengan memuat naik sekeping gambar yang memaparkan seekor anjing. Hah! Ambik kau!
Pada petang semalam (17 September), Budiey sempat bertemu dengan Ika Nabila yang hadir di Pertunjukan Fesyen Oriental Rhapsody yang diadakan di The Weld. Jadi, ramai sekali media yang bertanyakan tentang isu kontroversi ini kepada Nabila. Fesyen show ini melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Rafflesia.
Jom kita ikuti apa jawaban dari Ika…
Bagi Ika Nabila, tindakannya membalas komen pengikut laman sosial Instagram miliknya dengan cara yang kasar bukanlah sesuatu yang biadab. Itu adalah sebagai satu pengajaran agar mereka tidak mengulangi perbuatan memberi komen-komen negatif.
“Saya rasa tindakan itu tak biadab sebab mereka yang memulakan dulu dengan menyuruh saya melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Mereka yang terlalu biadab bagi saya dan perbuatan itu memang seharusnya dibalas dengan tindakan kasar (memuat naik gambar anjing).”
“Sebenarnya itu bukan luahan perasaan saya. Tapi saya boleh katakan itu adalah pandangan saya untuk pengikut-pengikut di laman Instagram yang kurang berbudi bahasa. Waktu itu saya sedang bercuti di Krabi. Saya muat naik gambar saya memakai baju skuba, bukannya berbikini. Tapi ada segelintir pengikut Instagram saya komen dan mahukan saya memuat naik gambar saya berbogel dan berbikini. Jadi, gambar seterusnya merupakan jawapan kepada permintaan mereka itu.”
“Pada mulanya, saya rasa kelakar pula baca komen-komen mereka dan langsung tiada rasa sakit hati. Kebetulan waktu itu saya sedang sarapan di sana dan di tepi saya ada haiwan tersebut. Jadi, saya pun muat naik gambar haiwan itu. Saya tak marah, tapi saya cuma mahu memberikan mereka pengajaran. Sebelum ini tiada pengikut di Instagram yang berbuat sebegitu rupa. Selepas insiden itu, saya rasa agak kesal kerana komen mereka kurang sopan. Tak sangka pula perkara ini boleh menjadi isu.”
Ika menganggap pengikut-pengikut yang berbuat demikian mempunyai banyak masa terluang sehinggakan mereka berbuat perkara sedemikian. Ika kecewa dengan tindakan mereka di laman sosial sebab mereka suka buat provokasi. Sebagai selebriti dia hanya ingin berkongsi gambar-gambar aktiviti bersama peminat dan pengikut sahaja.
“Saya rasa mereka banyak masa terluang, jadi mereka pun komen yang bukan-bukan. Saya tak ‘block’ pun mereka, saya biarkan sahaja. Mungkin juga mereka mahu bergurau, tapi cara mereka tidak kena dan kurang sopan. Saya tak rasa apa yang saya muat naik itu biadap kerana apa yang mereka minta daripada saya lebih biadap.”
Mengulas mengenai sesetengah orang yang mungkin akan memberi tanggapan yang Ika mudah melatah apabila perkara ini terjadi, Ika ada penjelasannya yang tersendiri mengenai perkara ini.
“Saya rasa ini silap saya jika orang anggap saya mudah melatah. Saya minta maaf kalau ada pengikut-pengikut lain terasa hati. Yang mana baik saya akan layan mereka dan yang mana biadap itu, biarkanlah sahaja.”
[pullquote align=”right”]”Pada saya, gambar saya kat Instagram tu tak melampau, saya pun fikir dulu sebelum memuat turun gambar di mana-mana laman sosial. Saya tidak pernah memuat turun gambar seksi atau berbikini serta yang boleh menimbulkan kontroversi.” – Ika Nabila[/pullquote]
Bagi Budiey, memang terdapat segelinir dari followers di Instagram yang mana mereka ini suka bash artis dan cari kesalahan artis kemudian mereka kutuk kaw kaw. Itu dah biasa. Dari dulu lagi ada golongan macam tu. Terserah pada artis macamana nak handle isu ini dengan baik. Ada artis, diorang biar je apa yang follower nak kata. Peduli apa aku kan? Instagram aku, aku punya pasal lah. Yang ko nak sibuk tu apa hal? Haaa, ada setengah artis pula, memang layan je komen dan kutukan tu. Itu yang bikin panas tu. Bagi Budiey, jalan terbaik untuk menangani isu ini, DIAM je. Sebab nama pun dah laman sosial kan. Mereka bebas bagi pandangan. Tapi kadang-kadang tu, kalau fikir balik, ish over pulak diorang ni kan?