in , ,

IJ Berkongsi Kisah Pergi Jauh Dari Dikejar Bayang Hitam Dalam Single LARI

Lagu terbaru IJ, “Lari,” mengisahkan bagaimana seseorang menghadapi pelbagai cabaran hidup dan mencari cara untuk mengatasi tekanan yang dihadapi.

Ijlal Afiq, atau lebih mesra dikenali sebagai IJ, adalah seorang pemuda berusia 25 tahun yang berasal dari Johor Bahru. IJ mula meraih perhatian ramai setelah menyertai program popular TV3, “I Can See Your Voice Malaysia” pada musim ketiga. Walaupun bekerja dalam industri fesyen, IJ juga aktif di media sosial, khususnya di TikTok, di mana dia terkenal dengan video yang menukar genre lagu pop kepada ballad menggunakan trademark “what if lagu ni.”

Lagu terbaru IJ, “Lari,” mengisahkan bagaimana seseorang menghadapi pelbagai cabaran hidup dan mencari cara untuk mengatasi tekanan yang dihadapi. Menurut IJ, setiap individu mempunyai masalah, sama ada besar atau kecil. Untuk mengatasinya, mereka mungkin meluangkan masa bersama rakan atau melakukan aktiviti yang mereka gemari. Bagi IJ, muzik adalah pelarian dari realiti kehidupan, di mana dia menghasilkan lagu atau membuat “cover” lagu dari artis lain.

IJ Berkongsi Kisahnya LARI Dari Dikejar Bayang Hitam

“Lari” adalah lagu yang sangat peribadi bagi IJ, terinspirasi dari pengalaman hidupnya yang melibatkan masalah kerja dan persahabatan. Sebagai pendatang baru dalam industri muzik Malaysia, IJ berharap lagu ini akan mendapat sambutan baik seperti lagu-lagu pop lain yang pernah hits. IJ menyatakan bahawa jika lagu “Lari” diterima oleh rakyat Malaysia, itu sudah cukup membuatnya merasa bersyukur.

IJ berkongsi pengalaman bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik seperti Amsyar Razqa, Amzar Sabri, dan Emeer Bakri, yang menurutnya sangat mudah dan selesa. Selepas menerima demo untuk lagu “Lari,” mereka segera memulakan sesi rakaman vokal yang berlangsung selama empat hari, meskipun terdapat kekangan masa. IJ sangat berpuas hati dengan hasil lagu ini berkat kerjasama yang baik antara mereka.

IJ bercita-cita menjadikan genre pop sebagai genre utamanya, mengambil inspirasi dari artis tempatan seperti Ismail Izzani dan Andi Bernadee. Baginya, kelebihan genre pop bukan hanya terletak pada vokal tetapi juga cara penyanyi mempersembahkan lagu di atas pentas. Sebagai seorang penari, IJ merasakan ini adalah salah satu kelebihan yang membantunya membawa genre pop dengan baik.

IJ Berkongsi Kisahnya LARI Dari Dikejar Bayang Hitam

IJ juga sangat teruja dengan proses pembuatan muzik video dan sesi penggambaran. Ini adalah pengalaman pertamanya melancarkan lagu yang dinyanyikannya sendiri. Konsep dan idea muzik video diserahkan kepada pengarah Meamth, yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini. Walaupun proses penggambaran muzik video hanya mengambil masa dua hari, IJ yakin dengan hasil yang akan diberikan oleh pasukan Armani Entertainment.

Lagu “Lari” diharapkan dapat memberikan nafas baru dalam industri muzik tempatan. Di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG), lagu ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, dan YouTube Music. Muzik video “Lari” juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube @ArmaniEntertainmentGroup. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group demi memartabatkan industri muzik tanah air.

LIRIK LARI

Verse
Kadang kala ku rebah
Tak mampu bertahan
Tak memberi ruang untuk
Berfikir rasional
Sebelum bertindak
Sebelum semua berlaku

Pre Chorus
Sekarang nak jadi apa
Tak berguna lagi
Masa tak boleh bawa ku kembali

Sekarang nak jadi apa
Jadi jadi lah
Yang pasti ku tenang saja

Chorus
Melari lari kan diri
Berteman langit
Jiwa dan petua

Lari lari kan diri
Ke sana sini
Tapi ku tak kemana

Sec Verse
Aku disini
Ku disini
Tidak berganjak walau seinci
Berkhayal tinggi mencakar alam semesta yeah
Ke puncak mimpi
Hanya aku sendiri
Berlayar tinggalkan semua

Ulang Pre Chorus

Ulang Chorus

Bridge
Larikan diri
Berteman langit
Jiwa dan petua

Larikan diri
Kesana sini
Tapi ku tak kemana

Ulang Chorus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Drama Viu Original NAFSU, Lima Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton

Lagu Chentaku Nyanyian Zizan Razak & Sonaone Raih 1 Billion Tontonan di Tik Tok