HOUSE OF JAZMIN
Tarikh Siaran : 17/2/2010, Rabu
Masa Siaran : 9.30pm
Jumlah Episod : 6 Eps
Apa lagi yang anda mahukan sebagai seorang gadis remaja? House Of Jazmin….menceritakan segala-galanya. House Of Jazmin berkisar mengenai kehidupan sebenar seorang gadis biasa yang bernama Jazmin Whitley yang suka membeli-belah, bergosip, bergaya, berparti, suka berpoya-poya dan bergaul bebas dengan lelaki!
¯
Perjalanan hidup Jazmin seorang gadis remaja yang berumur 21 tahun ini dapat kita ketahui melalui program terbaru ini. Beliau tinggal di luar kawasan Los Angeles bersama ibu dan abang beliau serta sangat rapat dengan kedua-dua datuk dan neneknya.
Tunggu!!! Bukan itu sahaja! Jazmin akan membawa anda menyelami dunia beliau dengan lebih mendalam lagi iaitu berusaha untuk menyelamatkan hubungan beliau, keluarga, kerja dan rakan-rakan serta dapat mengetahui lebih lanjut akan susah payah seorang pereka fesyen muda ini yang mempunyai keazaman diri yang kental untuk mencapai impiannya.
Kecekalan dan liku-liku perjalanan Jazmin Whitley untuk menjadi seorang pereka fesyen yang tersohor di dunia juga dapat ditonton. Pelbagai drama, kejutan, perasaan tidak puas hati dan juga kegembiraan remaja dapat dirasakan apabila Jazmin bertarung memenuhi pelbagai permintaan yang tinggi dan cerewet daripada pasaran dunia fesyen yang sebenar.
“Penuh dengan kegembiraan, program ini harus ditonton oleh semua gadis kerana ia dapat memberi inspirasi kepada gadis di luar sana untuk mengejar impian mereka semua. Sebagai wanita juga, ia mengingatkan saya tentang kepayahan dan memberi saya harapan untuk terus berusaha mencapai impian untuk masa hadapan yang lebih cerah,†kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.
Tontonlah bagaimana Jazmin menghadapi tekanan untuk menonjolkan jenamanya di minggu fesyen LA. Saksikan bagaimana reaksi Jazmin apabila Fred Segal menunjukkan minat terhadap rekaannya bukan dari pereka fesyen yang lain. Semuanya berlaku begitu pantas, selepas minggu fesyen tamat, sebuah butik tekenal menawarkan majlis perasmian untuk jenamanya Li-Cari! Banyak lagi yang akan berlaku.
Adakah Jazmin akan kecundang dalam dunia fesyen ini ataupun beliau akan manjadi semakin glamor dengan rekaannya? Bunyinya seperti Kim K? Saksikan sendiri apa yang akan terjadi pada Jazmin dalam House of Jazmin setiap hari Rabu jam 9.30malam hanya di stesen hip 8TV.
Anda juga boleh menonton 8TV menerusi Astro di saluran 708. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.8TV.com.my. Rancangan –rancangan menarik 8TV juga boleh ditonton menerusi telefon genggam anda dengan menaip mobile.8tv.com.my.