in ,

Hollywood: Tom Cruise, Katie Holmes, Will Smith Rai David Beckham di Los Angeles

David Beckham, bukan hanya seorang bintang bola sepak malah pada saya dia sudah sebaris dengan selebriti terkenal di Hollywood.

Ye lah, dia kan ikon Hollywood yang menumpang populariti isterinya, Victoria? Ke bini dia yang tumpang populariti Beckham? Ops. Baru-baru ini, football player star dari Britain ini pindah ke Amerika.

Jadi, pasangan yang kononnya bahagia itu diraikan dalam satu majlis private besar-besaran di Museum of Contemporary Art, Los Angeles.

david beckham

Sambutan meriah sekali diterima Beckham dari sebilangan selebriti yang menjadi kawan rapat seperti pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes, Will Smith dan Jada Pinkett Smith, Eva Longoria (pelakon Desperate Housewives, Ashton Kutcher dan Demi Moore, Jamie Foxx, Queen Latifah, Jim Carrey dan Jenny McCarthy. Khabarnya, Tom Cruise yang jadi penasihat utama kepada Beckham supaya berpindah ke Los Angeles.

Mesti David Beckham rasa bangga dan terharu apabila diraikan sebegitu meriah di Los Angeles sehari selepas David bermain untuk pertama kalinya untuk pasukan LA Galaxy. Good luck Beckham & welcome to Hollywood!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Kayangan

Lirik Sandaran Hati – Letto dari Album Truth Cry And Lie