Keenakan Maghribi di Sunway Resort Hotel & Spa Ramadhan ini.
Sunway Resort Hotel & Spa akan menyajikan hidangan asli Maghribi di kesemua restorannya Ramadan ini, sementara lobi hotel pula bakal diwarnai dengan aneka hiasan bertemakan Maghribi mirip babak-babak dari ‘Arabian Nights’.
Restoran mereka Fuzion akan menepati tema dengan menawarkan hidangan antarabangsa dan Maghribi yang disediakan oleh Chef Timur Tengah Khder Al-Issa. Pilihan makanan Maghribi termasuk Hummus, Sup Harira Maghribi, dan juga berbagai lagi. Jangan terlepas Kambing Okra Saloona yang juga terdapat di Fuzion. Dengan harga RM128++ seorang, hidangan Maghribi ini juga menampilkan Kambing Golek ala Arab, Tajin Ayam, Nasi Kunyit serta pencuci mulut yang merangkumi Baklava, Kurma , dan juga aneka manisan Maghribi.
Atrium Cafe di hotel Pyramid Tower pula memilih pendekatan yang lebih tradisional dengan menu Buka Puasa mereka yang bertemakan “Warisan Rumpun Melayu” yang turut menampilkan hidangan asli Melayu dari seluruh Malaysia. Antara sajian yang tersenarai termasuklah Sup Ekor Lembu dengan kentang serta Roti Bengali, Gulai Kawah bagan Serai, Nasi Beriyani Gam Ayam, Laksa Kedah, Asam Pedas Portugis, Ikan Bakar Pari Cencaru, dan Kembong Air asam serta pelbagai hidangan tradisional Melayu. Harga bagi menu buka puasa pula adalah RM98++ seorang.
Untuk tempahan dari 1 hingga 24 Julai 2012, Fuzion dan Atrium Cafe akan memberikan potongan harga awal sebanyak 30% tertakluk pada terma dan syarat. Pemegang kad kredit RHB dan Citibank pula akan mendapat potongan harga sebanyak 25% sepanjang bulan Ramadhan.