Hans Isaac dah buat pengakuan. Sekarang pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri ini sedang mengenali seorang wanita untuk dijadikan suri hidupnya. Tapi siapa wanita itu? Itu yang jadi tanda tanya sebab Hans bermati-matian mahu merahsiakannya. Hatta teman rapat seperti Afdlin Shauki pun pun tidak tahu.
Berdua lebih baik..
Hans suruh media bersabar hingga satu saat semuanya akan tahu juga. Gadis itu bukannya selebriti, orang biasa sahaja. Hans kenal pun masa dia menghadiri majlis pelancaran dan melalui seorang teman dua bulan yang lalu dan rasa sayang terbit dalam hati Hans dalam sebulan kemudian.
Hai, Hans tak serik bercinta ya? Yelah, kan dah setahun lebih Hans bersendirian tanpa teman. Sekarang sudah tiba saatnya untuk berdua kerana berdua itu lebih baik.
Budiey harap cinta Hans kali ini lebih membawa tuah untuk Hans. Cintailah gadis itu seadanya ya, Hans!