Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gossip Erra Fazira & Hans Isaac Sensasi Gambar Kenangan

Skandal Erra Fazira dan cinta Hans Isaac masih lagi menjadi isu hangat. Di blog ini tidak ketinggalan terkena tempias. Saya menerima banyak pandangan dan pendapat daripada pembaca. Namun, apa yang saya kesal ada di antara pembaca tidak menghormati etika di mana terlalu banyak menggunakan kata-kata kesat kepada Erra Fazira. Saya selaku pengendali blog ini ingin menegaskan bahawa komen-komen yang menyentuh sensitiviti dan lucah atau kasar yang melampau tidak akan disiarkan. 

blogRasanya tidak perlu untuk kita mencari siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Juga saya banyak menerima komen yang mengorek segala sejarah dan gosip Erra Fazira sebelum ini. Ramai peminat yang telah pun berpaling tadah. Yang minat dan sayang Erra kini dah bertukar fikiran. Mengapa ini boleh berlaku? Pada pendapat saya Erra patut berterus terang supaya tidak mencetus salah sangka di kalangan peminat. Namun, Erra Fazira telah pun membuat kenyataan bahawa segala apa yang berlaku tidak sedikit pun memberi kesan dalam dirinya. Malah, dia tak kan mengendah segala kata-kata kesat daripada peminat. Dalam hal ini, selagi mana Hans berani bersuara, selagi itu banyak pihak yang menyalahkan Erra Fazira. Suka saya memetik perbualan Hans Isaac bersama dengan Kak Cham wartawan editor Hanizam Abdullah yang tersiar di Berita Harian hari ini.

“Memang itu hak dia, nak pilih siapa-siapa yang akan jadi suaminya. Tetapi untuk mengatakan saya dengan dia tidak ada apa-apa memanglah tak patut langsung. Saya memang tak faham langsung. Bayangkan, baru-baru ini saja kami beli seekor kucing. Namanya Hugo, sempena nama Hugo Boss. Erra yang namakan. Kak tahukan, Erra memang gemar namakan kucingnya dengan nama jenama minyak wangi?” kata Hans di suatu pagi.

“Saya ikhlas bercinta dengan dia. Dah beli apartmen sebelah menyebelah pun. Dah rancang, bila kahwin nak pecah saja dinding supaya jadi satu rumah. Dah fikir, mana bilik anak-anak, mana bilik pembantu rumah. Adakah itu tandanya perhubungan kami tidak pernah terjalin? Saya ingat 20 Ogos ini saya nak surprisekan dia. Nak propose dia pada hari jadi saya. Tetapi akhirnya saya yang dapat surprise itu. Tak sangka Kak kerana seluruh jiwa raga ini adalah untuknya seorang,” kata Hans. 

Juga petikan kenyataan Hans Isaac di ruangan Jom Semuka dalam sisipan Bintang Popular:

“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita. Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu ini.

Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini. Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.

foto hans isaac frust

Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar. Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.

Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”

Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.

Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.

Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.

Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini, dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1 Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu. Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca dan orang ramai.

Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia. Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya, selepas itu memaafkannya, cukuplah.

Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya. Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.

Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.  Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi, tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia. Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang profesional.

Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi. Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri, cukuplah.”

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

erra fazira & hans isaac

erra fazira hans isaac

erra fazira hans

hans isaan gambar

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007
  • Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac
  • Gossip Fasha Sandha & Hans Isaac Bercinta?
  • Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Erra Fazira Cinta Engku Imran Bukan Hans Isaac?
  • Hans Isaac Rela Bawa Filem CUCI Masuk Hospital?
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini



  • 74 Komen untuk entri “Gossip Erra Fazira & Hans Isaac Sensasi Gambar Kenangan”

    1. siti kata:

      KENAPA PERLU ERA JD HIPOKRIT…?KNAPE PERLU ERA UNTUK TERUS MENIPU MEDIA??……..SAYA BENCI ERA….SAYA TIDAK MEMINATINYA LAGI…!!!

    2. ~mEraH~ kata:

      i do fancy hans isaac but it doesn’t mean that i’m on his side….
      however, after analysing erra’s statements n that of hans i think what hans has said i true…after all we can see how erra’s attitude is….

    3. wr club sinisian kata:

      bagus lagi pengsan bilang c kilan..erra gopiokkkk!

    4. tg faris kata:

      kes kecik je tue………..

    5. waleh kata:

      hahahahaha…. era.. entah macam mana nak gambarkan p’puan cam dia tu teda sedikit pun rasa bersalah dalam diri dia… memang dasar hipokrit kot dia tu.. tak per la hans.. lucky u tak dapat dia.. kalau tak merana badan ngan sikap hipokrit dia tu…

    6. zac kata:

      erra hipokrit..baru tau sape dia sebenarnyer

    7. one kata:

      apala erra ni tunjuk sangat kat mata ada tanda rm.dulu masa ngan awie pon sama gak..

    8. aku kata:

      Pegi mampus citer korang

    9. jane kata:

      dasar gila batang punye betina..

    10. steady kata:

      dlu sy mg minat habis dgn erra sjk dia blakon cte gemlang lg..tp sikap dia camni sdgkan orgnyer cantik lan lawa..klu dlu sllalu bwk watak baik ble blakon ng ziana zain tp hakikatnya ziana lebih elok..xder la sensasi cerita2 panas..hrp erra tampil mnta maaf pd media,peminat terutama pada hans diklayak ramai..bgtau knp dia buat kputusan bgtu.mmg xslh dia nk kwin ng spe tp jgn lukekan ati org krn kepuasan ati sendiri..tkut nnti suatu hari hati sendiri yg dipemainkan.fikirkanlah..peminat erra yg dlu..

    11. joyot kata:

      ish…ish macamtu upenyer erra..pas satu2 laki die tukar. x malu ker. patutla awie cari lain…memang playgirl la…dah la erra malula…orang seme dah tau siape awak…ngaku sajalah..i memang x minat kat u..jangan kate you x heran dengan komen peminat…sikit pun mesti ambil kire. kes bercerai pun ntah2 you yang buat hal kot..dah ambil duit orang…kawin mcm rajer….huh! akhirnya bercerai….dah agak dahh. memang x ble buat bini. lepas dengan emran ni dengan saper pulak?? nak pulak si emram tu dengan pompuan mcm tu… carilah lain… cantik jr x gune.

    12. jane kata:

      betol tu joyot..setuju 2 ratus peratus! pompuan cam erra ni rasanye buat bini x sesuai..tapi buat pakai buang ok..sbb dia pon suka pakai buang org..kita tgk jelah ye…

    13. kum kum kata:

      ni asyik tukar2 laki ni, x takut aids ke?

    14. Bunga kata:

      TAK NYESAL KE Amik orng ni buat bini..??? tah esok-esok dia buat hal lagi…!!!

    15. dleena kata:

      Cubalah korang semua bawak beristighfar sikit…how could u all have that such crap thinking? Shouldn’t be that way. We don’t have any right to judge people that way. I believe all people have love in their life. Family, friends…special friends…etc etc…nothing wrong with those photos shown by Hans. Nothing weird in that. Biasa saja bagi social life artis2 yang kita tahu sgt bebas. Even worse pun I believe u all pernah tengok. 1st appearance look at those photos, I have a feeling that they are lovers..but at 2nd glance, I think gambar tu biasa2 saja…life artis..they cud be just a close friend, or maybe betul mereka bercinta..(but all love have their own stage…and I believe Erra-Hans masih dalam proses nak mengenali..sbb tu Erra tak pnh dedah hubungan mereka pd media..)..if u all yang menulis di atas adalah seorang wanita..Im pretty sure u gals know how’s other woman look their future direction..their husband to be; is not easy to chose husband..nak cari bf memang senang. To gain confident, to dump all doubt is not that easy. Mencari suami untuk menjadi pelindung/pembimbing..dan juga seorang perWIRA . We are not in Erra position. We do not well know her. But I believe Erra has a very good reason in this. (Woman thinking of course). If u guys talks about RM..i believe it wasn’t something that Erra chase after..(she can get Datuk/Tan Sri if she wants to…kerna dia si cantik jelita…but she doesn’t isn’t it??? In fact NEVER)

      I am not a fan of Erra and not Hans either. I am not saying that Hans lied. But they are just not meant to be. Poor Hans. Cinta memang tak boleh dijual beli.

      I wonder if u guys yang menulis ini juga meminati Siti Nurhaliza….seorang wanita yang sanggup melukakan hati wanita yang lain. Mengahwini lelaki yang kemudiannya menceraikan isteri yang menjadi ibu kepada anak2nya. Kemudian diagung-agungkan pula perkahwinan siti nurhaliza. Diangkat ke darjat yg tertinggi..siaran langsung disiarkan di TV. Pujian melambung tinggi (Siti pandai mengambil hati anak2 datuk K, Siti belajar menjadi Ibu…Siti rela berkongsi kasih…Siti itu..Siti ini…)..i wonder apa sebenarnya dunia artis di Malaysia.kalau artis2 lain yg kecil2 saja..berkawan dengan suami orang..habis dikutuk dan digam satu Malaysia…hahahaha…funny…but itu la reality..THINK….

      Tahniah pernikahan Erra-Emran..alhamdulillah terbina sebuah lagi Masjid..moga teguh dan tidak pernah kan roboh…AMIN

    16. amy aca sabe zela kata:

      to erra.. congratla… moga perkahwinan ko kekal slamanya.. biarla ini yg terakhir ye… cukup2la tu…
      kesian yg lain2 tu… smoga dpt ank cpt.. jgn asyik ckp as soon as posible jer.. BUKTIKAN…

    17. azie kata:

      TAHNIAH!!!!! semoga perkahwinan erra dan emran akn b’kekalan…AMIN..
      pedulikan org lain yg xpernah paham situasi diri kita.. org xprnh nk amik tau perasaan org lain, yg diaorg tau menghentam org jer.. ini la msyrkt melayu zmn skrg.. pedulikn mereka!!! kita bkn minta duit dgn diaorg pn utk mkn n pakai… msyrkt melayu skrg kena pikir lbh baik jgn jd TERlalu bodoh..

    18. aremin kata:

      to abg hans…bnyak2kan bersabar.i believe abg bley cari wife yang better lagi.

    19. intan kata:

      jujurlah dengan apa yang berlaku

    20. hana kata:

      biarlah dia dengan dunia dia

    21. litinah kata:

      good luck and hope era happy with her new husband.i am stil peminat era setia,even i stay at england i always read at enternet about era.like me i just divoce with my husband he is english guy we got one son,and we been maregge 13 years .era semoga you bahagia kali ini and be strong and jus forget it what ever athor people komen.wishing you all the best.

    22. dkjan kata:

      Saya setuju dengan comen n pendapat dleena. Try to hormati someone’s decision cos its their own life.. nothing to do with us. We dun loss or gain anything pun.

    23. Tasha kata:

      Ah, korang semua tak kenal siapa Erra Fazira ni!
      Aku kenal la dia ni, coz aku pun pernah jadi artis jugak dulu!
      Erra ni MATA DUITAN! Dia sanggup jual maruah diri, semata-mata
      kerana duit!
      Dia kahwin dengan Emran ni pun, kerana DUIT!
      Tengoklah, tak lama nanti kita akan dengar citer dia nak cerai pulak, selepas dia dah KETOK Emran tu puas-puas…….

    24. acid kata:

      eleks la hans..dah makan ampas buang je lah..kot ada manis skit2 bg le org rasa same..u dpt sdap dahla…wah,senyum nampak cik yusry kite…he he

    25. izan_tulip kata:

      em..hanya tuhan ya tahu.. ada hikmah d sebaliknya..

    26. miey kata:

      hans…lucky u xdpt dis gurl, kalo x, mmg merana…
      senang cite, pasni, xyah cr artis lg.k

    27. darling kata:

      poor hans…….. sabar banyak-banyak ek. dugaan…..

    28. noriz kata:

      erra tu bkn playgirl,memang patut uat mcm tu.smua gara2 awie yg kecewakan dia,sebab lelakila dia pemainkan lelaki

    29. iena kata:

      x baik kutu erra..yg bercinte die bukan korang
      kalu korang x minat dia g mampos le
      dia x heran pun
      slagi aku ade aku akan bagi sokongan padu pada
      die

    30. kc n jojo kata:

      setiap yg melukakn hati org akan menerima balasan 2 kali ganda..hidup semewah mn pn tp hati tk kn tenang…igt lh yg kt akan mempunyai zuriat pd masa hadapan…nescaye kt tk mahu mereka yg akan menerima balasan…segera lh bertaubat erra dan meminta maaf di ats apa jua kesalahan…

    31. DgDalina kata:

      pada saya kesabaran itu anugerah yang tiada nilainya, saya berharap agar erra terus sabar menghadapi gosip atau kerenah dan juga tohmahan insan yang tidak mengerti erti kehidupan. dah tiada jodoh,ajal dan maut di tentukan Allah kita akan mampu merancang allah jua akan menentunya. Oleh itu teruskan perjuangan dunia seni erra. saya mendoakan agar kebahagian yang baru dibina insyaallah kekal hingga keakhir hayat

    32. syazana radzi kata:

      sy x setuju dgn sape2 yg mrh pd kak erra,biar lh klu kak erra nk plh sape pn,pd stiap prmpn mstlh nk plh yg terbaik.ALLAH tlh menulis jodoh seseorg,mgkn abg emran tu jdh kak erra yg terbaik,knp mst mencaci kak erra.mgkn kak erra ade alsn tersndiri,sy mnt kak erra,wlupn byk sgt komen psl kak erra sy x ksh,sbb bg sy,sy hya mnt kak erra,dn sy rs x perlu nk ambil th psl tp kain org,dn sy jg rs abg emran dn kak erra is the best couple………….assalamualikum

    33. DKgirl..Ampang kata:

      jgn salahkan orang lain, mb y blaku ni ada sebab die…
      lau ikutkan kupun xsuka erra… lu mmg ku minat nag die, ps dgr pe y jadi ku twr ati, nk tgk diepun mypah….

    34. bawang putih kata:

      apalah korang nie….yang lepas-2lah erra pun dah khawin (dah bahagia????)nak sibuk-2 hal org….apa kes…lantak lah dia nak cerai! ambil laki org ke!berbaring-2 dgn boyfrend dia ke!dia ada pakwe ke!
      yang penting mati nanti ke dalam tanah juga….kena soal juga…lagipun dlm kubur sorang-2 bukan si pakwe teman…menjawablah bukan bole menipu….anggota badan jadi saksi….baru teringat meyesal x sudah…yang kita nieeee ingatlah sebelum nak mengutuk org yaaaaa…

    35. pja kata:

      hmm…aku sian kat hans sbenanye…nmpk tol die syg gle kat erra…
      tp wut 2 do…erra da plih org len..lek a hans…ko ensem,baik,ade kerjaye…rmai g pompuan kat lua…lagik better dr erra…who knows??ko akn dpt yg lagik better…
      i’ll pray 4 ur happiness…

    36. oranGesUnkiss kata:

      hbgn dorg x menjd, adalah yg xpuas hatinya..cuba kalu jd, xda punya laa smp muka depan paper lg..ni bukan dunia artis je, selagi ada kehidpan selagi tu ada dugaan..yg sudah tu sudahlah, apa yg tjd takkan Allah jd kan sia2..melainkan ada hikmah..just b a positive thinker,ingat..”HIDUP INI INDAH BILA KASIH DAN SAYANG KERANA ALLAH..”

    37. yat kata:

      aku memang dah lama tahu erra tu camner.pompuan jalang yg x dpt dibuat bini.dulu aku dgr citer dia tu pompuan simpanan sbelum jd popular cmnie.aku heran la kenape lelaki mau jdkn dia tu bini.bawa tobat lah erra. x guna muka cantik kalu hati busuk.lama2 orang akan tahu jugak. buat abg hans bawak bersabar je la.dah bukan jodoh abg lah tu. mebi dia tak layak buat abg.ada lagi pompuan yang lebih cantik n baik daripada dia tu.

    38. wan bigjohn kata:

      bagi sy era to lawa tp syg dlm dah xda apa abis sume barai apa kt kalau dia dh mmg kaki mata duitan baik dia buat 1 filem blue dan jual kt kita ogr untg2 leh ar tgk,dgr org dok kata era ni jns mcm ni kt tak nmpk tul tk!!!!!!!!!!!!
      kalau era ni tk ada calon nk buat filem sy ada!!!! ada bran ke era main dgn sy???????????????????????????????????????????????????????????????? JAWAB!!!!!!!!!

    39. eril kata:

      btl sgt ckp dleena 2…sy sokong 100%….my b erra blh berubah…buang yang keroh ambl yg jernih…

    40. lazer kata:

      bagi aku ler,erra nie x de ler lawa..tapi knape ler, rmi lelaki terhegeh2 kat die??mcm x de popuan laen agknyer…menyampah aku.

    41. jukk kata:

      erra tu cantikkk,untung emran dpt dia,dah jodoh dia biarkan,drpd ade artis tu sblm top bertunang dah top terus putus tunag,hampeh kan.erra kawan jer belum nak kawin kan.sendiri fikir la,sebab hans tu kecoh sgt.

    42. zetty kata:

      apa lar korang nie…..suka hati dia nk wat per pun….dia berhak memilih…
      dah dia tak suka nk wat cm ner…..???????hans mmg kcohhh…AKU TAK BOLEH TERIMA KAU ORG KUTUK ERRA…….mesti dia alasan tersendiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    43. wa kata:

      pd erra,semoga bahagia hingga hujung nyawa.pd hans,sabar jelah…tiada jodohlah namanya 2…mayb ada yg lbih baik dr erra utk dijadikan suri hidup u…kepada yg mengumpat2 tu,tkutlah pd yg maha esa.buat apa buat dosa dgn kutuk&umpat psl kisah hidup org lain.b4 mengata org lain,fikir dlu,perfect kah diri anda???

    44. erm kak jia... kata:

      salam kpd sume..buat hans byk2kan lah bersabar..percayalah setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..wlupun tdk semudah itu untk lupakan suma tp tabahkan hati..InsyaAllah akn ada insan yg lbh baik lg…N kpd pmbc sume sapalah kita utk menghukum manusia sesama manusia..erra jg manusia biasa..mgkn ini suma adalah qada dan qadar yg telah dtentukan dalam hdpnya….

    45. seven kata:

      jodoh pertemuan ajal maut ditentukan oleh TUHAN YANG MAHA MENgetahui.

    46. Nurin kata:

      erra tu memang kegatalan.. nanti saya kempen semua orang sarawak tidak minat dia lagi..cilaka pumya erra….mentang2 tidak dapat mengalahkan siti nak cari hal untuk publisiti lah tu…

    47. NUR kata:

      Rasanya tak payah la nak dipanjang - panjangkan lagi kisah cinta tak kesampaian ni….Setiap orang sudah ada ‘aturan’ hidup masing - masing.Pernah kita terfikir kenapa masa Erra bertunang dengan Awie dulu, tetapi Awie kahwin dengan orang lain ????? Ini lah namanya ‘KARMA’..Ada sebab musabab kenapa hubungan tersebut tidak ‘bersatu’…..Cara Erra lain..cara Hans lain…..Disinilah titik persamaan & keserasian tiada…..WALAUPUN HATI ADA CINTA & SAYANG…CUMA JODOH SAHAJA TIADA….

      NILAI SEBUAH CINTA DAN PERKAHWINAN
      Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran
      meskipun ramai orang yang malu mengakuinya
      Sebenarnya sebuah perkahwinan..
      tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

      Syurga rumahtangga itu fitrah hati
      Naluri semulajadi yang pinta diisi
      Kerananya jejaka rela menjadi suami
      Kerananya perawan rela menjadi isteri
      Masing-masing dengan harapan
      Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

      Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
      Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
      Lalu bermacamlah jalan ke sana

      Ada yang mengatakan
      Bahagia itu pada harta
      Diukir dari intan permata
      (Gah , suamiku seorang jutawan)

      tidak kurang merasakan
      bahagia itu pada rupa..
      Ditempa oleh wajah rupawan
      (Wah, isteriku seorang selebriti)

      ramai juga yang merasakan
      bahagia itu pada kuasa
      dituai oleh pangkat dan jawatan
      ( Wah, suamiku seorang negarawan)

      pelbagai jalan menimbulkan dilema
      mencari yang benar mempelai tersasar
      kalaulah bahagia itu pada harta
      kalaulah bahagia itu pada nama
      kalaulah bahagia itu pada rupa
      kalaulah bahagia itu pada kuasa
      kalaulah bahagia itu pada cinta buta

      kenapa Charles dan Diana berpisah ?
      kenapa Elvis dan Priscilla berpecah ?
      kenapa Onassis dan Jackie bertelagah?
      kenapa Erra dan Yusry pun beralih arah?

      Bahagia itu dari dalam hati
      Kesannya zahir rupanya maknawi
      Terpendam bagai permata dalam hati
      Terbenam bagai mutiara disalut nurani

      Bahagia itu pada HATI
      Bertakhta di kerajaan diri
      Bahagia itu pada JIWA
      Mahkota di singgahsana rasa
      Bahagia itu KESABARAN
      Bila susah tak gelisah
      Bila miskin tak pemarah
      Bila gagal tidak resah
      Oh, suamiku,inalillah….

      Hakikatnya bahagia itu ketenangan
      Bila hati mengingati tuhan
      Firman Allah:

      Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
      ketenangan pada hati
      suami isteri sama-sama mengerti
      maksud tersemi takdir ilahi
      itulah zikir yg hakiki.

      Binalah rumahtangga atas tapak iman
      Tuluskan niat luruskan matlamat
      ’suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi’
      ‘isteriku, kaulah permaisuri hati…..’
      penyeri Islamku nanti
      muktamadlah akad sahlah nikah
      dengan nama Allah
      gerbang perkahwinanpun terserlah

      Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
      Iman itu tujuan
      Syariat itu jalan
      Tempat merujuk segala permasalahan
      Tempat mencari semua penyelesaian
      - isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah….
      - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

      Binalah hidup di neraca maaruf
      Rumah jadi sambungan madrasah…
      Seninya kerana solat…
      Indahnya oleh munajat
      Tapaknya …iman
      Jalannya ….syariat
      Natijahnya…..akhlak
      Tiga penjamin segala
      kunci kebahagian rumahtangga
      dan terciptalah:
      ’setia dan penyayang suami’
      ‘cinta dan kasih isteri’
      lalu berbuahlah
      mahmudah demi mahmudah
      yang melahirkan zuriat
      Soleh dan solehah.

      Semoga Allah melimpahi
      Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah…

      “ MEMBENCI ORANG TANPA SEBARANG SEBAB ADALAH SEPERTI MEMBAKAR RUMAH SENDIRI”

      -Samuel Johnson – Penulis Inggeris

    48. maya suri kata:

      apa yang saya boleh cakap.. erra membuat pilihan yang paling tepat… bukan kerana DUIT … erra xmahu pisang berbuah dua kali.. pernah kalian terfikir.. kenapa engku emran muncul secara tiba2 di dalam hidup erra… hans memang ada segala-galanya.. tapi hans xkenal lagi agama islam… dan saya rasa erra ingin org yang boleh bawa nya kejalan yang di redai ALLAH… maaf andainya kalian marah dengan komem saya ini

    49. Dina kata:

      Era memang cewek matre,, tapi se tidaknya nggak kaya siti nurhaliza. yg sok alim..tapi aslinya wanita murahan.. buktinya sebelum dia kahwin sama datuk key..dauk key statusnya masih ber istri..lantas ada siti yang sbg pihak ke 3.. eh,,siti..wajahmu buruk seperti siluman..hatimu juga buruk..segeralah bertaubat!!!!!!!!!!1111

    50. siti nurhaliza kata:

      era,,saya mengakui kalau kamu lebih cantik daripada saya..saya rela jadi bawahanmu..jadi pembantumu..

      dari: siti nurhaliza

    51. elly kata:

      huhhhh.!!!baik hans cari je pmpuan len!!!wuang msa je kalu gan pmpuan hipokrit!!hans,GO GO CHAAAYYYOOOOOOO… let juz find anothr women yg le wt istri k!!

    52. maryam kata:

      dulu aku peminat era , skang tk
      baru tau perangai pompuan canteek tu skang
      harap muke je ….
      skang gak aku koyak gamba die !
      blah la lu era !!!

    53. mnsrnsnm kata:

      SEMOGA ERRA BAHAGIA…. BIAR NGAN SESIAPAPUN….AMIN…..

    54. sera kata:

      jgn nk tuduh erra sbrgan tau …. dia manusia biasa sj …. nobody prfect ….. pd sesiapa yg kutuk2 erra tu sedar2la diri tu … awk tu bkn baik sgt pun … ceh … smoga erra bahagia dgn pilihan dia … tu hal dia … org lain tkda hak nak ckp per … jgn jg tepi kain org …

    55. tom past kata:

      era fazira ni memamg gatal orangnya kan tak sangka dia 2 leh bt cam 2 kn…………..teruknya dia ni.dasar p”puan gataiiiiiii

    56. Ms_shasha kata:

      2 abg hans,tros idop…perjalanan msh jao lg..pergi nyer c dyer x bermakner kite x leh idop…………lumram khdpn…semua org pnh mengalami….so,kte enjoyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!lurve u!!!!!!!

    57. cindai kata:

      c erra ni..dah brapa kali kawin???kalau dia blum dapat baby iti tandanya erra ketulahan bab dia depan baik..blakang jahat…nti smpi tua x anak …cam ne

    58. cindai kata:

      c erra ni..dah brapa kali kawin???kalau dia blum dapat baby iti tandanya erra ketulahan bab dia depan baik..blakang jahat…nti smpi tua x anak …cam ne

    59. ainna N daYah kata:

      era niey tr0k bt0l larrrrrr….. hans 2 dah jre hans0me knp dye g ambik tg imran 2.. tg imran 2 dah larrr tua nk kerep0t p0wn..padahal hans 2 dh lme couple ngan dye.. aku rse arr erra niey dh kne j0l0k duit ngn tg im dh niey…… fuy0oooo… bnyk d0sa aku wt ary niey….

    60. NUR kata:

      Hans ni dah masuk Islam ke ? Baca kat satu website ada yang perasan “hans isaac cakap assalammualaikum dalam kring2 pada akhir perbualan dengan Aznil pada 17/8/08″.Dalam Portal Jomstar.com pun ada artikel ” Al-Quran Jadi Rujukan Artis Bukan Islam
      Menurut seorang rakan yang dekat dengan selebriti ini, susah nak tengok kitab suci Al-Quran di rumah artis lain, tapi selebriti ini siap menyimpan Al-Quran lagi. Walaupun percintaan selebriti ini dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon terkenal terputus di tengah jalan, niat selebriti ini untuk memeluk agama Islam tidak pernah terpadam. Peciter memang ’salute’ habis dengan selebriti yang hensem sangat ni”

      Adakah Hans ??? Tapi kenapa masa FFM21 siap laga - laga pipi dengan wanita Indonesia & wanita baju hitam sebelah Afdlin tu?? Masa naik pentas pun tangan Hans bukan angkat macam ‘bersyukur’ tapi macam orang kristian tu??? Hmmmm!!! keliru - keliru….

      Sekarang ni….susah nak bezakan dah….:-?

    61. azrine kata:

      hans idac tu handsome…….sangat…kalau i jadi Erra i xnkla tinggalkan dia..bat hans xyah sedih2..ramai lagi gadis2 kat luar ni..chaw….p/s mata hans tu sangat menyentuh hati…love u.

    62. comel kata:

      ape da jd..kcian la kat hans ni..btl,kcian plg ikhlas ni..sdih sgt tp nak bt cmna kn.da xde jodoh..lumrah alam..ish,wr club sinisian ni asyik2 sbt nama kilan.cm la c kilan 2 hensom sgt..stakat muka cm kilan yg ko bg kat erra bgs ko suru c kilan p mampos la.da la lngsg xda rupa kuat mabuk lg..

    63. yaana kata:

      asal brbahagia…

    64. budak komen kata:

      BAGUS GOK ERRA X NGN HANS.LAGI POM HANS BUKN ORG ISLAM POM. NK KE DIE MASUK ISLAM.AGAMA JAN MAIN2 WEH

    65. SPORTY kata:

      Entah la!! kalau Hans betul - betul ikhlas nak masuk islam…dah lama dia masuk…Contohilah Adam Corie…..insya - allah..Apapun yang berlaku mungkin ada hikmahnya….Mungkin dulu Hans tak berapa di pandang ‘media’…tetapi sejak kebelakangan ini….apa - apa yang Hans lakukan…mula dapat perhatian dan publisiti….
      Apapun ALL THE BEST LA…..

    66. Atiqa kata:

      i know how hans feel…..but i guess there’s nothing he can do…..pity la….i am one of hans biggest fan…..n for erra to…erra, i know you’ve got to do what you’ve got to do but pity hans…..as far as i know hans, just go through your life……….

    67. norizan kata:

      hai hans isaac, bila ko nak potong? tahun demi tahun tak gak.sibuk melalak sana sini cerita kat org keburukan erra smpi sudah!!Member dah tentu bahagia skrg ni. Cuba contohi laki si Maya Karyn ke, Sarimah Ibrahim ke.Siap potong 4-5 tahun seblm kawin.Siap penohkan dada dgn ilmu agama seblm berani menyunting pompuan melayu.Barulah pompuan yakin.Ni tak,beli apt lah,beli cincin lah,tapi potong nye tak jugak.Mana Erra nak yakin dgn ko.klu dah K***G tu,k***g gak.Propa pun cam hindraf.Heran gak dgn maanusia yg kutok2 erra diatas ni.Agaknye,ada keturunan k***g jugak la tu.sama species ha..ha..ha

    68. JayBorn kata:

      HANS DGN ERRA SAMA JA….DULU MASA HANS DENGAN ELAIN DAILY SAPA SCREW UP…..? HANS LA…..ELAINE DAILY CAUGHT HIM RIGHT HANDED IN HIS ROOM WITH OTHER WOMEN. SEKARANG NI HANS PULAK RASA….HMMM AMACAM….? YG ERRA NI PULAK…TAK TAHU LA NAK CAKAP APA…. SHE’S SUCH A SLUT. CAM FASHA SANDHA LA JUGAK….HIPROKRIT DAN ARTIS2 YG LELAIN TU…. LU PIKIR LA SENDIRI.

    69. baby kata:

      salam..
      era ke hans ke manusia biasa yang akan melakukan kesilapan. sebelum boleh membuat pilihan janganlah ada pengakuan. tepuk dada tanya selera.

    70. Honeybee kata:

      kita doakn yg trbaik utk semua dah le ..

    71. NUR kata:

      Betul tu Honebee:-) Mendoakan yang baik - baik adalah lebih baik dan terbaik .Firman Allah: ‘ Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur’ - surah al-Nahl: 78.

      Cuba kita fikir…mungkin setiap yang berlaku ada sebab..Mungkin Erra mencari seorang lelaki yang boleh terima dirinya seadanya dan bersamanya susah dan senang…

      Bukan Hans tak baik untuk Erra, atau sebaliknya tetapi siapa boleh menduga perkara yang sama akan berulang??? Kalau kita tengok sekarang, Hans mula dikenali bakatnya sebagai pengarah dan penerbit.Kita sendiri sedia maklum, dunia artis @ glamour ni tak sama macam dunia kita orang biasa.Perhatian masyarakat lebih tertumpu walaupun isunya ‘remeh je’.Sedangkan dulu sebelum ‘kecoh’ mungkin makcik - makcik pun tak berapa nak kenal siapa dia…So…Erra mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali….Kita sekadar melihat, yang menanggung semua mereka …..DOAKAN YANG TERBAIK..

    72. norizan kata:

      HANS ISAAC.nama yg meletop s’krg.Apa yg dia wat sekarang ni,walaucamna kecil pun,jadi bahan berita org surat khabar.Kenapa ini tak jadi dulu??Jawapannye senang je.Menumpang popularity.Klu takdelah ceritanye yg konon bersekandal ngan Erra,mampus dia masih lagi ditahap gitu gitu aje.Umum mengetahui yg dia bnyk kali kecundang cinta,tapi tak sehebat liputan yg dia dpt dari yg terbaru ni.Jadi Hans,renung2kanlah.dgn memburuk2kan org lain,DIA lah yg sebenarnye yg membawa rezeki berlipat ganda kpd kamu diHARI INI.

    73. Nurfatin Suhaila(kaksu) kata:

      Alaa… kalo Hans dengan Erra tak sesuailah… Kalau Erra dengan Yusry baru sesuai… Kalau Hans tu… saye tak tau lah dia patutnya dengan siapa… Tapi.. kenapa Erra kahwin dengan Tengku ?… Kenapalah dia tak kahwin je dengan Yusry KRU tu… oklah bye2 you all..

    74. NAK KOMEN kata:

      LA KAN ERRA DAH PERNAH KAHWIN DENGAN YUSRY DULU? KALAU DENGAN HANS, MEMANG BERSYUKUR SANGAT TAK JADI. CUMA JODOH YUSRY DAN ERRA TAK PANJANG.MUNGKIN SUDAH SURATAN MEREKA HANYA SERASI SEBAGAI KAWAN.LAGIPUN YUSRY JENIS WORKHOLIC DAN SUKA DENGAN DUNIA FANTASI NI MACAM CICAKMAN TU…ERRA PULA SUKA SESUATU YANG REALITI….KADANG - KADANG MUNGKIN ADA HIKMAH JUGA DISEBALIK PENCERAIAN TERSEBUT…TENGOK SEKARANG ERRA DAH MENGANDUNG WALAUPUN BARU SETAHUN KAHWIN DENGAN ENGKU EMRAN.KALAU TAK KEGUGURAN DULU MUNGKIN DAH TIMANG ANAK SEKARANG….MUNGKIN LEPAS NI YUSRY BERTEMU DENGAN CALON YANG SATU KEPALA DENGAN CITARASANYA..DOAKAN JELA….ALL THE BEST

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK