Mulanya Budiey dengar gossip mengatakan Norman dan Memey akan berkahwin pada hari raya Aidiladha ini. Kononnya, Norman akan diijabkabulkan dengan Memey di rumah Memey di Johor. Ada keberangkalian juga dan tidak mustahil akan berlaku. Tetapi rasanya ini hanyalah gossip semata-mata. Mungkin musim cuti sekolah ini, senang sikit nak buat kenduri kendara.
Dengarnya…: Norman, Memey nak kahwin raya haji?
Oleh Normah Becok (Berita Harian 04/12/2008)NAMPAKNYA kisah trilogi cinta paling sensasi abad ini masih belum berkesudahan. Khabar terbaru yang Cik Normah dengar, dua artis sensasi ini akan menamatkan kisah hubungan kontroversi mereka. Maksud Cik Normah, bukan untuk meredakan tetapi menghangatkan apabila mereka ingin menamatkan kisah sensasi mereka itu dengan ikatan perkahwinan.
Jeng! Jeng! Jeng! Macam dalam drama pulak. Berdegup kencanglah dada Cik Normah apabila mendapat tahu cerita ini dari seseorang yang boleh Cik Normah anggap sebagai parabola bergerak. Radarnya memang cepat dapat menghidu cerita sensasi seperti ini.
Dari apa yang Cik Normah diberitahu, mereka akan berkahwin ketika seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Korban dan lokasinya adalah di bumi kelahiran Memey iaitu di Johor. Di mana lokasi yang tepat, tak tau pula Cik Normah.
Kita tunggu sajalah nanti pengesahan yang dibuat oleh Norman yang baru-baru ini sudah diterjah oleh teman Cik Normah. Kalau nak harapkan Memey, tunggu kucing bertanduk pun belum tentu dia ingin membuka mulut. Tapi kalau betullah pasangan ini ingin mendirikan mahligai, Cik Normah harap, semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik. Cik Normah tak mahu ada adegan filem Madu Tiga berulang kembali. Tak sesuai tau!
Tapi rupa-rupanya gossip ini telah pun dinafikan oleh Norman Hakim. Katanya, gosip dia nak kahwin dengan Memey hanya fitnah semata-mata.
Norman nafi kahwin Memey
KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Norman Hakim menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal bernikah dengan pelakon baru, Memey Suhaiza, 20, sehari sebelum Aidiladha ini.
“Mana ada? Itu hanya fitnah. Mana dapat cerita ni?†tanya Norman kepada wartawan di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, semalam.
Menurut Norman, buat masa sekarang dia tidak pernah terfikir soal berkahwin lagi memandangkan kes khalwat yang dihadapinya belum dibicarakan. Selain itu, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon tidak mahu cerita kurang berasas menambah masalah kepada rumah tangganya bersama Abby Abadi.
“Soal hendak kahwin tu, saya tak mahu komen. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari,†katanya yang kelihatan sedikit susut berbanding sebelum ini.
Pada 30 Oktober lalu, kira-kira pukul 3 pagi, Norman dan Memey ditangkap atas tuduhan berkhalwat di sebuah pejabat di Ukay Perdana. Pasangan itu akan dibicarakan awal Januari depan. Menyentuh mengenai kehadiran keluarganya ke rumah keluarga Memey di Mersing, pada 22 November lalu, Norman memberitahu, ia hanya untuk merapatkan tali silaturrahim.
“Masa itu kami bertandang ke rumah sepupu di Batu Pahat dan menziarah kubur arwah kakak saya di Kampung Bukit Cermai. Kebetulan pula keluarga Memey di Tenggaroh ada membuat sedikit majlis, jadi mereka menjemput. Memandangkan kes kami (khalwat), saya dan keluarga merasakan perlu bersemuka dengan keluarganya untuk meminta maaf,†katanya lagi.