Ada yang kata Zizan Raja Lawak, ada yang kata Lisa Surihani yang akan menang Anugerah Bintang Paling Popular. Tak kurang ada yang kata Shaheizy Sam.
Apa-apa pun, pada hari Ahad ini segalanya terjawab. Sebanyak 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) akan diumumkan di malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands.
Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung.
Budiey sebagai pemerhati dah tentu tak sabar untuk melihat gaya fesyen selebriti di karpet biru ABP.
Yang pastinya, tema untuk edisi yang ke-24 ini, ABP mengenakan tema Moden Klasik. Pakaian kenalah kena dengan tema. Nanti ada pula yang kena carut sebab baju tak kena dengan tema.
Pada jam 4 petang semalam (1 April 2011), Budiey dijemput untuk melihat sendiri fesyen Modern Classic rekaan Lord’s Tailor untuk pelakon-pelakon lelaki yang akan digayakan di ABPBH2010. Artis yang mendapat tajaan dari Lord’s Tailor ialah Shaarnaz Ahmad, Zizan Raja Lawak, Aaron Aziz, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Aeril Zafriel, Fizo Omar dan Iqram Dinzly.
Best betul diorang ni dapat set pakaian lengkap termasuklah diberi topi dan kaca mata. Tapi untuk kaca mata tu, cuma untuk aksesori masa sesi foto semalam je. Nanti untuk acara red karpet, diorang ni kena bawa prop sendiri.
Siapa paling kacak dan bergaya?