Tahniah buat Gambit Saifullah dan Lisa Surihani kerana telah memenangi Best Dress di Anugerah Bintang Popular 2009. Tak lupa tahniah dan penghargaan untuk pereka fesyen mereka.
Lisa Surihani memakai gaun sendat berwarna peach & sikit nampak oren rekaan Anizam Yusof yang mengambil masa 2 minggu untuk dibuat. Baju ini adalah baju sponsor.
Gambit Saifullah memakai baju berwarna kuning cerah dari rekaan Lords Tailor.
Kedua mereka telah memenangi hadiah berupa barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM10,000. Hadiah disampaikan oleh orang kuat BH di majlis post party di Hotel Genting.
Di post party juga, 2 orang media juga dinobatkan Best Dressed untuk kategori lelaki dan wanita. Tahniah untuk Haswari Ali dari Portal Murai dan seorang lagi media daripada majalah InTrend.