Seronok saya apabila disambut dengan penuh mesra dan hangat dari semua AJK yang terlibat. Terima kasih daun keladi buat semua. Yang mengujakan, majlis yang dinamakan ‘A million Thanks to Everyone – Aizat’ itu diserikan dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid serta anak-anak. Mungkin ini satu kejutan kepada hadirin kerana ramai peminat yang tidak tahu Siti Nurhaliza juga dijemput.
Berikut beberapa gambar Siti Nurhaliza yang sempat saya ambil.








