Siti Nurhaliza masih tak hamil sampai sekarang. Mungkin, andaian ini dibuat berdasarkan pada fizikal Siti yang bertambah berat badan setelah 2 bulan berkahwin tidak lama dulu. Cakap Siti, “Minta-minta mulut mereka masinlah.” Siapa yang tak mahukan anak, ye tak? Lagi pun, Siti Nurhaliza masih bahagia dengan 4 orang anak Datuk K iaitu Mohd Anas Zawawi, 20, Mohd Adib, 17, Mohd Asraf, 15, dan Mohd Aziff, 9. Dua orang daripadanya ada menemani Siti dan Datuk K di majlis Aizat bersama peminatnya. Tunggu sahaja, gambar mereka akan disiarkan dalam masa terdekat ini.
Berikut ini foto-foto Datuk Siti Nurhaliza ketika keluar daripada Saloma Bistro… Siti nampak sweet melayan peminat.




