Pelakon dan peragawati terkenal yang pernah membintangi filem Cinta Nan Satu, Siti Elizad Sharifudin tampil dengan pakaian paling seksi pada malam Parti 20 Yang Anggun 2007 yang diadakan di Ruums pada 24 November lalu. Budiey rasa gadis 23 tahun ini tersilap mengandaikan bahawa ‘anggun’ itu bermaksud seksi. Rasanya kita tak perlu seksi untuk tampil dengan gaya yang anggun. Bak kata Suki, anggun itu sebenarnya datang dari dalam hati, bukan dari cara berpakaian.
Nah! Ini gambar yang pernah Budiey ambil masa Majlis Pra Tonton Filem Cinta Nan Satu… dan penampilan Elizad masa malam 20 Yang Anggun…. Huhu! Ternyata, Elizad memang seksi habis dengan mengenakan pakaian yang ditaja oleh Sisley! Terima kasih Sisley kerana menjadikan Elizad bertambah seksi…! Rasanya kalau tak payah pakai jaket labuh hitam tu pun tak pe kan?
[tags]gambar siti elizad, gambar parti malam 20 yang anggun, majalah eh! langganan, gambar model hot, sisley, profile suki, siti elizad bertunang, gambar poyo, fuyoh digi foto, cinta nan satu review[/tags]