Pada jam 10 pagi semalam (9 November 2010), Metrowealth MIG telah mengadakan majlis prebiu media Filem Ngangkung di Cathay Cineleisure, e@curve, Mutiara Damansara.
Filem Ngangkung adalah sebuah filem komedi seram terbitan ke-42 Metrowealth. Filem ini akan menemui peminat mulai 25 November 2010. Filem ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta dan memilih Kuala Selangor sebagai lokasi utama sebagai latar tempat dalam filem ini.
Dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Angah Raja Lawak, Lan Pet Pet, Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin, Azlee Jaafar dan ramai lagi.
Filem ini mendapat suntikan pengarahan pertama dari pengarah muda, Ismail Bob Hasim yang mana beliau merupakan pengarah ke 5 di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG. Ismail Bob sebenarnya pernah menimba pengalaman menjadi Penolong Pengarah 1 kepada Ahmad Idham dan telah banyak mengarah drama-drama terbitan MIG yang mencapai rating tertinggi di stesen-stesen TV.
Ramai juga selebriti dan pelakon yang hadir.
Putri Mardiana yang dulunya dikatakan tak pandai bergaya. Nah, sekarang, amacam? Kau ada?
Eira Syazira
Shaheizy Sam – “Saya bukan yang dikatakan pelakon ditangkap itu”
Puteri Mardiana bersama hantu utama dalam Ngangkung yang dilakon oleh Tasha
Tasha yang juga menjadi pelakon drama Siti Kelembai
Azad Jazmin tengah duk mengangkung
Tiga sekawan yang gila judi
Dua pelakon baru ni juga turut hadir menonton
Ini pula siapa? Hahaha… saje je ni, pelakon tambahan. Tukang pacak je. Jangan marah Zubir!