Pada hari ini, 7 Mei jam 2 petang akan berlangsungnya majlis penyampaian cek utk semua pemenang ABHBH2011. Tahniah buat semua selebriti yang akan dapat cek hari ini. Jangan lupa belanja peminat yg mengundi anda ya.
Okay, siaran gambar-gambar menarik sepanjang majlis resepsi Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan Budiey teruskan. Kalau semalam Budiey siarkan gambar Awal sedang menunggu Scha dengan penuh setianya dalam Dewan Perdana PICC, sekarang Budiey siarkan gambar Scha pula yang menuju masuk ke dalam dewan ditemani oleh bapa Scha Alyahya, Syed Mahadzir Al Yahya.
Scha sempat menyapa Budiey semasa melintasi karpet merah yang dihampar sebegitu indah di ruang lobi. Thanks Scha 🙂
Scha yang tampil elegan dengan rekaan busana pengantin dari Syaiful Bahrim tak lekang dengan senyuman. Itulah senyuman bahagia si pengantin baru dan Awal Ashaari pula masih lagi kelihatan gementar walaupun sekali sekala dia nampak tenang. Tak sampai 2 hari kahwin, Budiey tengok Awal makin berisi pulak. Camana ni Awal, jom pergi gym balik selepas kahwin ni. Kalau nak tahu, Awal Ashaari selalu ke gym kat Fitness First Platinum di eCurve.
Apa-apa pun, Budiey tengok majlis resepsi ni antara yang paling meriah… meriah dengan jurugambar hehehe. Memang tak boleh nak elak, memang ramai akan jadi fotografer sambilan hehehe, yang tetamu pun jadi fotografer gak sebab mereka pun mahu mengabadikan gambar kenangan detik manis meraikan pasangan pengantin glamor ni kan.
Ini dia gambar Scha akhirnya ditemukan dengan suaminya… alahai, dah ada suami la Scha ni, cam tak caya je kan? Dulu anak dara, sekarang dah jadi isteri dan tak lama lagi insyaallah dapat jadi ibu lak. Awal dan Scha berjalan seiringan sambil berpegangan tangan ke pentas utama untuk adat atau acara seterusnya iaitu bacaan doa selamat dan acara merenjis-renjis dipilis… 🙂