Pada malam ini, pasangan pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya.
Kepada pembaca yang berada di rumah, liputan siaran langsung majlis pernikahan pasangan bahagia SchaWal akan disiarkan pada hari ini, Jumaat, 4 Mei 2012, jam 9.00 malam yang juga akan bersiaran secara serentak di Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) di Singapura.
Atas gangguan teknikal, ramai penonton agak kecewa kerana tidak melihat secara live semasa akad nikah. Sedar-sedar, Awal & Scha dah diijabkabulkan. Pastinya Astro meminta maaf kepada penonton di atas kesilapan teknikal ini. Atas kesilapan teknikal itu, pihak Astro akan menayang semula rakaman itu pada hari Sabtu, esok pada jam 12.30 tengahari.
Apa-apapun, syukur alhamdulilah, Awal & Scha selamat disatukan secara sah sebagai suami isteri dgn sekali lafaz pada jam 9.15 malam. Selamat pengantin baru bebs!
Pastinya, hari ini 4 Mei adalah hari keramat yang penuh bersejarah dan akan diingati sampai bila-bila oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Budiey ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat kedua-dua selebriti ini. Semoga bahagia ke hujung nyawa.
Scha is really beautiful with that white dress while Awal handsome like always. Rekaan dari Saiful Bahrin.
Awal & Scha berdebar-debar sebelum ke pentas utama
kredit foto dari Astro Awani
Sebentuk cincin Cartier pemberian Scha Alyahya buat suaminya Awal Ashaari
Awal & Scha sedang ditemubual oleh wartawan Astro Awani
Pemberian mahar dari Awal Ashaari Kepada Scha Alyahya.
Awal Ashaari mengucup dahi isterinya Scha Alyahya sejurus sah bergelar suami-isteri
Ibu saudara Awal Ashaari turut merenjis sebagai tanda restu kepada kedua mempelai
Persalinan kedua, songket serba hijau. Cantek.