in

Gambar Peserta Program Realiti Gadis Melayu TV9

“Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena…”

Pada 8 Oktober lalu, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 yang diberi nama GADIS MELAYU telah diadakan di Shah Alam.

Hampir tiga bulan ujibakat Gadis Melayu dijalankan di seluruh pelusuk Malaysia seperti Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Daripada keseluruhan 1000 peserta yang hadir, hanya 10 calon sahaja yang terpilih untuk menyertai sebuah lagi rancangan realiti terbaru terbitan TV9 ini. Menariknya, peserta yang hadir mendapat sokongan serta dorongan daripada ahli keluarga mereka. 

Bagi memperkenalkan 10 gadis bertuah ini, satu sidang media diadakan di Villamay sebelum mereka mengorak langkah lebih jauh dalam meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon gadis melayu ini. Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008.  

Sidang media yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima dan Encik Bukhari Che Muda selaku Ketua Pegawai Operasi TV9 ini turut memperkenalkan pengacara program dan tiga juri tetap bagi rancangan Gadis Melayu ini.

Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadis melayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan. Ini dapat dibuktikan apabila kemodenan tidak sedikit pun menghakis nilai-nilai indah warisan melayu daripada mereka yang semakin dilupakan generasi muda kini.

Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan. Berikut adalah senarai peserta yang berjaya melayakkan diri dalam rancangan Gadis melayu:

  1. Zehra Zambri (Selangor)
  2. Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan)
  3. Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)
  4. Noor Afzan Bt Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah)
  5. Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah)
  6. Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)
  7. Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu)
  8. Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka)
  9. Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor) 
  10. Nur Aishah Zainal (Melaka) 

Rancangan realiti selama satu jam ini akan menyaksikan pelbagai cabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiap peserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya. Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakal pemenang benar-benar layak setelah menyertai latihan serta menjalankan tugasan mingguan. 

Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap dalam setiap tugasan yang diberikan. Juri-juri tersebut adalah Yang Mulia To’ Puan Seri Diraja Noor Aini Dato Abdullah, Dato Paduka Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim seorang pakar bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Ustazah Siti NorBayah Mahmood yang merupakan penceramah agama serta motivasi.

Peserta yang memperolei markah terendah akan disingkirkan dari rancangan ini. Justeru, mereka harus mengambil peluang yang ada sepenuhnya serta memberi perhatian terhadap apa yang dipelajari sepanjang berada dalam cabaran yang disediakan.

Fahrin Ahmad sebagai pengacara

Gadis Melayu akan dikendalikan oleh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang juga pernah mengacara program 3 Hari 2 Malam yang disiarkan di TV9. Pemilihan Fahrin sebagai hos rancangan ini dikira amat bersesuaian memandangkan beliau menepati kriteria sebagai jejaka melayu sejati yang mempunyai perwatakan tersendiri. 

Program terbaru Gadis Melayu terbitan TV9 ini akan ditaja oleh:

Unza (Malaysia) Sdn Bhd sebagai penaja utama yang akan mengetengahkan rangkaian produk Safi Balqis
D’navechee Beauty (Malaysia) Sdn Bhd merupakan penaja bersama yang mengetengahkan produk D’N~Hans.
Manakala rakan-rakan penaja lain adalah Keep Slim, Nestle, Triumph (Amo) dan Habib Jewels Sdn Bhd
 
Rancangan realiti Gadis Melayu adalah rancangan terbaru terbitan TV9 yang diterbitkan oleh Nurirjuana Mohd Ishar dengan Penerbit Eksekutifnya, Nuraeshah Malik dan Ezzah Aziz Fawzy.  Turut dibantu oleh wartawan Ashrudy Borhan, Amirul Aswendy, Nor Ashikin Mohd Supian, Noor Linda Mohd Said, Ahmad Mahyudi, Pembantu Penerbitan Fazhidah Che Din serta Visual Editor Norhaleina Abdul Hamid. 

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti Gadis Melayu terbaru ini sambil santai bersama keluarga setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008, hanya di saluran Dekat Di Hati, TV9.

Haa… korang tengok dulu, gadis mana yang layak dinobatkan sebagai Gadis Melayu. Semuanya comel-comel dan cantik-cantik. Ada yang pakai tudung dan ada yang lepas tudung. Pilih lah yang mana satu korang nak pilih ya.

Merahnya…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute

Advertorial: HP Strengthens Consumer Leadership in Malaysia