Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300 hadirin.
Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini.Â