Pada 26 Januari lalu, Rabu jam 3.30 petang telah berlangsung Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Bertemakan Nostalgia 70an, majlis ini dihadiri juga oleh pengarah drama ini iaitu Kabir Bhatia dan para pelakon serta krew drama Gemilang. Selain itu juga Adi Mentor yang menyanyikan lagu tema yang berjudul Suatu Ketika.
Lagu Suatu Ketika dicipta sepenuhnya oleh Syamsul Chairil.
Lagu Tema Drama Gemilang Suatu Ketika & Temubual Bersama Adi Mentor
Video Sekitar Pelancaran Drama GEMILANG TV3
Kumpulan Kristal juga dijemput untuk menghiburkan hadirin dengan persembahan lagu-lagu seperti Selagi Ada Rindu dan rangkaian lagu medley seperti Zunika dan Keindahan Pantai. Sesuai dengan tema Nostalgia 70an.
ADI MENTOR
Drama terbitan Filmscape adalah hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan nukilan skrip Mira Mustaffa. Drama 13 episod ini mula ditayangkan sejak 24 Januari 2011 setiap Isnin jam 9 malam.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Dato’ Jalaluddin Hassan (Cikgu Talib), Shahz Jaszle (Saifullah), Kamal Adli (Umar), Tiz Zaqyah (Asma) dan pendatang baru yang juga salah seorang pelakon Ratu The Movie, Tasha Shilla.
Selain itu, drama Gemilang ini juga turut memperkenalkan bintang-bintang baru yang bebakat besar iaitu Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze La Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.
DATO’ JALALUDDIN HASSAN
AZHAN RANI
TASHA SHILLA
TIZ ZAQYAH
KAMAL ADLI
PUTERI CHI CHI
NASH