Budiey dapat berita dari Zaff yang dia masih tak sempat nak berbulan madu lagi dengan suaminya Opie Harris. Jadi, buat masa sekarang ni, mesti Zaff sedang menikmati saat bahagia bersama yang tercinta. Budiey dan semua pembaca nak ucapkan selamat berbahagia ya.
Majlis akad nikah diadakan pada Hari Isnin, 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharam 1430 Hijrah. Pandai Zaff, ambik berkat tahun baru Hijrah. Akad nikah dengan sekali lafaz sahaja. Seramai 100 orang hadir menyaksikan hari bersejarah itu termasuklah famili sahaja dan teman rapat. Berlangsung pada jam 3 petang di Masjid Al-Ikhwaniah, Taman Cheras Utama, Cheras dengan mas kahwin RM1001.00 dan duit hantaran sebanyak RM15, 022.12. Hantaran sebanyak 9 dulang dari pihak perempuan dan berbalas dengan 2 dulang dari pihak lelaki. Pada hari akad nikah, Zaff disolek dan ditatarias oleh Ayang Kamell.
Buat semua pendengar setia Suria FM, ini dia gambar masa Zaff diijabkabulkan.
Serba putih. Mulus suci.
Menanti dalam debar
Selamat tinggal zaman bujangku…
Saat cincin disarungkan.
Ciuman Cinta Seumur usia
Dua hati kini bersatu