in ,

Gambar Kulit Album Duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti

Budiey masih belum mendengar kesemua lagu-lagu terbaru hasil duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti tapi Budiey dapat tahu dari pengurus penyanyi popular yang mana album ini telah pun siap dicetak. Rasanya, di radio pun masih belum berkumandang.

Judul album ini adalah terangkum dalam CTKD, gabungan dua nama ikon ternama ini iaitu canda, tangis, ketawa, duka.

Khabarnya, album ini akan berada di pasaran pada 28 Disember. Tak berapa lama lagi dah. Hari Isnin ini aje. Jadi semua peminat Siti Nurhaliza boleh mendapatkannya di kedai CD yang berhampiran.

Okay yang ni kira eksklusif untuk semua pembaca Budiey.com… berikut ini Budiey siarkan tajuk-tajuk lagu yang terdapat dalam album yang pastinya wajib dimiliki oleh korang semua.

Terdapat 6 buah lagu duet Dato’ Siti Nurhaliza dan Krisdayanti dalam album ini dan sebagai bonus korang akan mendapat 4 buah lagu minus one.

Berikut adalah judul lagu:

  1. Jikau Kau Tak Datang
  2. Sebagai Teman
  3. Tanpamu,
  4. Amarah
  5. Hanya Dia
  6. Dalam Diam Ku

Album ini dihasilkan dengan kerjasama daripada komposer yang kreatif dan terkenal termasuklah Audy Mok, Aubrey Suwito, Sharon Paul dan juga buat pertama kalinya Dato’ Siti Nurhaliza menggunakan khidmat dari vokalis ST12 bernama Chaly.

Kepada semua peminat, jangan lupa dapatkan album ini dengan harga RM29.90.

Ini dia cover album duet diva popular dari Malaysia berentap vokal dengan diva popular dari indonesia dalam satu album. Menggunakan warna yang ceria dan lembut iaitu ungu. Kedua-dua ikon ini nampak anggun dan sangat cantik. Sudah tentu ramai peminat dah tak sabar nak beli album ini, kan?

krefit foto: Facebook Kak Rozi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Diana Rafar & Zamarul Hisyam di Parti Nona 2010

Awal Ashaari Ditahan Polis Kini Dibebaskan