in

Gambar Heliza Bersama Peminat di Beijing, China

Baru-baru ini bintang realiti TV, Heliza telah bercuti bersama peminat-peminatnya di Beijing, China pada 9-15 June 2010. Program ini adalah anjuran Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd. Heliza telah dipilih menjadi IKON oleh Al-Mukminin untuk lawatan ini.

Sudah lama tak jumpa Heliza. Kali terakhir semasa pelancaran album terbarunya. Namun, yang terkini, Budiey dikhabarkan Heliza juga baru selesai menjalani pengambaran untuk produk Garnier. Heliza merupakan talent terbaru Garnier untuk product Light Oil Control. Insyaallah iklan TV ini akan ke udara akhir Julai ini, nantikan majlis pelancarannya nanti.

Tahniah Heliza!

Jom kita kita ikuti diari Heliza semasa di Beijing.

HARI 01 Kuala Lumpur – Beijing
Berada di KLIA tiga jam sebelum berlepas ke Beijing. Setibanya di Beijing, semua peserta rombongan disambut oleh wakil Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd. Check in hotel dan makan tengahari. Kami dibawa untuk menyaksikan Persembahan Acrobatic yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan. Makan malam.

HARI 02 Tian An Men Square – Forbidden City
Selepas bersarapan pagi peserta dibawa melawat Tian’An Men Square, Forbidden City. Melawat Masjid Niujie iaitu masjid yang tertua di China dan solat jama’takdim (zohor & asar) di sini. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas makan tengahari dan kami dibawa pula ke Muslim Super Market, Fresh Water Pearl Centre, pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Di sini terdapat pelbagai perubatan herba dan berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma dan khidmat mengurut tapak kaki. Makan malam di Xin Jiang Muslim Restaurant.

HARI 03 Tembok Besar China
Selepas sarapan pagi, melawat Tembok Besar China, peserta diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan tembok tersebut. Makan tengahari di Muslim restaurant berhampiran dengan Great Wall. Membeli belah di Jade dan Crytal Shop. Melawat Burning Cream Centre. Selepas Makan malam membeli belah di Wang Fu Jing Shopping Street dan melawat Night Food market dimana terdapat banyak makanan ringan yang halal.Perjalanan pulang singgah Hard Rock Café untuk membeli cenderahati dan t.shirt.

HARI 04 Summer Palace
Selepas sarapan pagi, melawat dan membeli belah di Silk Store dan lawatan ke Summer Palace. Makan tengahari dan solat. Selepas itu anda dibawa untuk minum teh di Tea House dan melawat ke Masjid Nan Dou Ya iaitu senibina china yang unik ratusan tahun dinasti Ming. Melawat bazaar tempatan di Hong Qiao Tian Ya Market and Yashow Market. Melawat ke Olympic Stadiums –Bird Nest dan Water Cube.Membeli belah di Olympic Sposor Jewelry City dan pasar tempatan-Sunny Gold Street.

HARI 05 Beijing-pulang ke KUL
Selepas sarapan pagi dan check out hotel. Berangkat ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usahasama Astro Entertainment dan Endemol Dimeterai

Maxis Lancar Servis Iklan MyDeals