Seronok berada di pengambaran drama Niyang Rapik. Sebab apa? Hahaha, sah-sahla boleh tengok belakang tabir sebalik pengambaran. Terutama boleh tengok camna hantu tu disolek.
Siang hari pun ada hantu… seorang budak yang dipercayai telah mati, tidak berbaju, cuma memakai seluar pendek, bercelak mata tebal terselindung di balik sebatang pokok. Kelihatan Ashraf Muslim buat-buat tak tahu aje. Ye la ko berani la kan, siang-siang hari. Siap berkopiah tu, mat lebai ni.
Hantu tu main-mainkan tangan dia kat bahu Fauzi Nawawi yang merupakan kawan kepada Ashraf Muslim dalam drama ni. Solekan oleh Ella Sandera, nampak real, kan? Tajamnya kuku dia…
Eeeeee, takut den. Hantu duk bertingguk di anjung.
Apa tepung gomak… pakai kontek lens merah… berlipstik warna kelabu.
Yang ni paling mengerikan… lama betul katanya nak selesaikan make up untuk hantu ni.
God job, Ella Sandera!