Siang tadi Fazura telah hadir di majlis ramah mesra bersama pelakon Drama Ezora. Peminat Fazura boleh menonton lakonan Fazura sebagai Ezora, gadis yang naif merantau ke kota sebatang kara demi mencari bahagia mulai 19 Mei ini.
Bertemu dengan Fazura ada cakap, tahun lepas dia ada 50 orang kawan tetapi tahun ini, Fazura cuma ada 5 orang kawan baik sahaja. Kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis susah nak cari. Itu sahaja yang dapat diungkapnya.
Tahun lepas, Fazura banyak berehat dek terlalu banyak sangat kontroversi seperti kes mahkamah dan segala macam kerenah manusia yang terpaksa dihadapinya. Untuk menenangkan jiwa, Fazura terbang melancong ke luar negara.
Tahun ini, Fazura mahu buat comeback dengan membintangi dua buah drama iaitu Bicara Cinta yang diarahkan oleh Rashid Sibir dan Drama Ezora arahan AHmad IDham serta 4 buah filem. Antaranya Selamat Pagi Cinta, terbitan Metrowealth Sdn Bhd.