Semalam telah pun berlangsung Party E! Brand Refresh Asia di Vertigo Club, The Gardens, Mid Valley City yang bermula jam 8 malam. Dihadiri oleh ramai artis dan selebriti terkenal, party ini diadakan sempena dengan penjenamaan semula saluran terkenal di Astro iaitu saluran E! Entertainment yang kini memperkenalkan tagline terbaru mereka E! Pop of Culture.
Fahrin Ahmad tampil kacak, kemas dan sweet dengan mengenakan sehelai jaket baldu warna biru tua dengan baju T warna pink dengan kolar V. Menurut Fahrin beliau akan terlibat dengan pengambaran sebuah filem tak lama lagi yang berjudul Pilot Cafe.