Selain Amber Chia, Farahdhiya, Nasha Aziz, pelakon popular Erra Fazira juga turut hadir di Media Launch Green Cheongsam Showcase di The Weld pada hari Selasa lalu.
Seramai 17 orang pereka telah tampil dengan rekaan cheongsam berwarna hijau masing-masing. Mereka ialah Alvin Tay, Ariff Shukor, Bill Keith, Carven Ong, Daniel & Leslie, Faizel Azraff, Justin Yap, Keith Kee, Khairi Sufi, Leslie Veriyan, Razman Razmi, Riffai, Salikin Sidek, Von Jolly, Wan Huzairil dan Wanpa.
Erra Fazira memakai sepasang cheongsam rekaan dari pereka bernama Riffai. Elegan, moden dan si pemakainya pun sangat cantik dan anggun!