in , ,

Fouziah Ghous dan Rosyam Nor dalam Telenovela Trilogi Cinta

TELENOVELA TRILOGI CINTA TARIKAN TERBAHARU PROGRAM RTM 2011

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan telenovela terbaharu Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Drama rantaian 40 episod gandingan watak utama lakonan Fouziah Ghous dan Rosyam Nor yang turut mengetengahkan pelakon Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman ini pastinya menjadi daya tarikan kepada penonton setia RTM yang selama ini hanya disajikan telenovela dari luar negara.

Tenyata kelainan yang cuba diketengahkan RTM dalam menghadiahkan program-program menarik terutama drama rantaian ini bakal mencetuskan fenomenanya sendiri apatahlagi masyarakat Malaysia sememangnya gemarkan telenovela yang bukan sahaja membawakan kisah percintaan malah isu kekeluargaan juga dijadikan jalan cerita utama.

trilogi cinta2

Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan, telenovela ini menjanjikan babak menarik antara pasangan yang berbeza latar belakang dan darjatnya ini menerusi episod demi episod yang diketengahkan.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

trilogi cinta1-1

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

trilogi cinta-1

trilogi cinta3

trilogi cinta4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beto Kusyairy, Zarina Zainordin dalam Telemovie Rel Waktu di TV2

Profile Emillia Contessa